awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10,000 pesakit kanser di Gaza terputus bekalan ubat-ubatan

Bernama
Bernama
02/01/2024
07:11 MYT
10,000 pesakit kanser di Gaza terputus bekalan ubat-ubatan
Israel menyerang Semenanjung Gaza sejak 7 Okt, membunuh sekurang-kurangnya 21,978 rakyat Palestin kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. - Gambar fail
BANDARAYA GAZA: Lebih kurang 10,000 pesakit kanser di Gaza terputus bekalan ubat-ubatan penting selepas satu-satunya hospital yang memberi rawatan kanser terpaksa menghentikan operasi akibat dibom rejim Israel, lapor Agensi Anadolu.
"Selepas Hospital Persahabatan Turkiye-Palestin terpaksa menghentikan perkhidmatan, terdapat 10,000 pesakit kanser kini berdepan keadaan mendesak dan tidak berperikemanusiaan," kata pengarah hospital Dr Subhi Skaik dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau menekankan bahawa pesakit-pesakit itu tidak mempunyai akses kepada ubat-ubatan merawat kanser.
Skaik menggesa negara-negara di seluruh dunia untuk membantu memulihkan hospital itu, sambil menyifatkannya sebagai "tempat perlindungan tunggal bagi pesakit kanser di Gaza."
Pada akhir Oktober, Kementerian Kesihatan di Gaza mengumumkan bahawa Hospital Persahabatan Turkiye-Palestin terpaksa menamatkan operasi selepas dibom tentera Israel.
Israel menyerang Semenanjung Gaza sejak 7 Okt, membunuh sekurang-kurangnya 21,978 rakyat Palestin kebanyakannya wanita dan kanak-kanak serta mencederakan 57,697 yang lain, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perang Palestin Israel
#pesakit kanser
#hospital dibom
#Kementerian Kesihatan di Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan