Butiran peribadi kira-kira 106 juta individu di seluruh Amerika Syarikat (AS) dan Kanada dicuri dalam insiden penggodaman menyasarkan firma perkhidmatan kewangan, Capital One.
Suspek penggodam, Paige Thompson, 33, yang merupakan bekas jurutera perisian syarikat teknologi Seattle dilaporkan telah ditahan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Isnin selepas dia mendedahkan kejadian kecurian data itu di laman perkongsian maklumat GitHub.
Capital One dalam satu kenyataan memaklumkan data tersebut termasuk nama, alamat dan nombor telefon individu yang memohon kad kredit.
Namun, suspek penggodam dikatakan gagal mendapatkan nombor akaun kad kredit kesemua individu terbabit.
“Penggodam terbabit berjaya mengeksploitasi ‘kerentanan konfigurasi’ infrastruktur syarikat tersebut. Selain nama dan maklumat peribadi, penggodam tersebut juga dapat memperoleh data skor kredit, had, baki, sejarah bayaran dan maklumat boleh dihubungi,” ujar jurucakapnya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Capital One, Richard Fairbank turut memohon maaf atas kejadian itu.
“Saya amat bersyukur kerana pelakunya telah ditangkap,” katanya.
Kecurian data yang berlaku antara 12 Mac dan 17 Julai itu dipercayai adalah yang terbesar dalam sejarah perbankan.
Difahamkan, Thompson telah didakwa melakukan pelanggaran dan penipuan komputer ketika dia dihadapkan di Mahkamah Persekutuan di Seattle.
Pendengaran kes dijadualkan pada Khamis ini.
Agensi
Tue Jul 30 2019

Penggodam mencuri data 100 juta individu di AS dan 6,000 di Kanada. - Foto AP/Jeff Chiu, File

Bekas anggota 'Big Bang' Seungri dihukum penjara 1 tahun 6 bulan
Artis berusia 32 tahun itu sebelum ini dijatuhi hukuman tiga tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi Tentera.

Sheera Iskandar selamat bersalin anak sulung
Berita gembira itu dimaklumkan menerusi satu posting berserta foto di akaun Instagram Sheera.

Durian premium di Pulau Pinang pada harga mampu milik bulan depan
Pada masa ini hanya Pulau Pinang yang mempunyai lebih banyak bekalan buah itu di pasaran sejak awal bulan ini.

'Saya sendiri nak pergi tengok' - Bertindih tarikh konsert, Aishah rela beralah demi peminat
Tambah Aishah, tidak timbul isu sama ada peminat akan datang atau tidak jika konsertnya berlangsung pada tarikh yang sama dengan Anuar dan Ziana Zain.

Isu Palestin-Israel | Dunia perlu hukum Israel ekoran kekejamannya
Dunia seharusnya mengambil tindakan tegas terhadap rejim zionis atas kekejaman dilakukan kepada penduduk Palestin.Demikian tegas Jurucakap Khas mengenai Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francessca Albenese.

Perniagaan Francais | KPDNHEP mohon peruntukan tambahan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan memohon tambahan peruntukan dari kerajaan bagi membangunkan perniagaan francais. Menurut Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ini bagi merancakkan lagi bidang itu yang memiliki potensi membantu perniagaan mikro.

Pendidikan | Tangani masalah keciciran murid
NGO Pendidikan Untuk Malaysia menerima 1,541 laporan murid cicir di seluruh Malaysia sepanjang tempoh PKP. Bagaimanapun NGO berkenaan hanya berupaya membantu 343 kanak-kanak sepanjang tempoh berkenaan.

1,142,104 kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin
47.7 peratus daripada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bintang 'Goodfellas' Ray Liotta meninggal dunia dalam tidur
Ray Liotta meninggal dunia dalam tidur ketika sedang menjalani penggambaran filem "Dangerous Waters" di Republik Dominican, pada Khamis.

Ballon d'Or: Mane sedih pemain Afrika kurang diiktiraf
Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo telah mendominasi anugerah itu sejak 2008.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hubungan ASEAN-AS: Naik taraf di tengah-tengah perubahan geopolitik
Matlamat utama Amerika adalah lebih kepada soal keselamatan dan integrasi ekonomi dengan ASEAN

Tertarik kandungan al-Quran, Prof. Amerika Syarikat pilih Malaysia untuk peluk Islam
John Nash Houchen telah mengkaji mengenai Islam sejak sekian lama terutama daripada rakan-rakan rakyat Malaysia yang pernah menuntut di Universiti Winconsin.

Cacar monyet: Amerika Syarikat sedang dalam proses keluarkan dos vaksin
Ia akan diedarkan kepada individu yang pernah bersentuhan dengan pesakit, pekerja penjagaan kesihatan, kontak rapat dan mereka yang berisiko tinggi

IPEF sedia platform dialog dengan AS dan rakan Rangka Kerja
IPEF menyediakan rangka kerja strategik, platform dialog dua hala dan pelbagai hala untuk urusan perdagangan dan pelaburan bagi Malaysia dengan Amerika Syarikat dan rakan Rangka Kerja.

Amerika Syarikat alami kekurangan bekalan susu formula bayi, Biden tandatangan akta atasi masalah
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden telah menandatangani undang-undang yang dijangka dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan susu formula bayi di negara itu.

COVID-19: Tiada respons dari Korea Utara terhadap tawaran vaksin AS
Korea Utara menolak tawaran vaksin daripada Covax serta dari Korea Selatan, malah dilaporkan turut menolak beberapa tawaran bantuan lain.

Syarikat berpangkalan di AS yakin Malaysia masih lagi destinasi pelaburan menarik - Azmin Ali
Malaysia berpotensi untuk terus maju dalam ekonomi digital dan mereka sedia membantu Malaysia perkukuh daya saing di peringkat antarabangsa.

Pentagon dakwa laporan tentang UFO meningkat dalam tempoh 20 tahun
Pentagon tidak mengesan sebarang perkara yang menyarankan bahawa fenomena itu membuktikan kehadiran sesuatu yang bukan dari alam semesta ini.

AS buka semula kedutaannya di Ukraine
AS akan terus menyokong kerajaan dan rakyat Ukraine yang sedang berdepan konflik dengan Rusia.