WASHINGTON: Sebelas bank mengumpul AS$30 bilion deposit bagi menyelamatkan First Republic Bank, menurut kenyataan bersama agensi-agensi Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.
"11 bank mengumumkan desposit AS$30 bilion ke dalam First Republic Bank," kata Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen, Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Power, Pengerusi Perbadanan Insurans deposit Persekutuan Martin Gruenberg dan Pemangku Pegawai Mata Wang Asing Michael Hsu dalam kenyataan itu.
"Sokongan oleh kumpulan bank besar itu disambut baik yang membuktikan mengenai daya tahan sistem perbankan," menurut kenyataan itu yang dipetik Anadolu Agency.
Bank of America, Citigroup, JPMorgan Chase dan Wells Fargo dalam kenyataan berasingan pada Khamis berkata bank-bank berkenaan masing-masing membuat deposit AS$5 bilion tanpa insurans ke dalam First Republic Bank.
Goldman Sachs dan Morgan Stanley pula masing-masing membuat deposit tidak diinsuranskan sebanyak AS$2.5 bilion manakala BNY Mellon, PNC Bank, State Street, Truist dan US Bank masing-masing membuat deposit tidak diinsuranskan sebanyak AS$1 bilion, menurut kenyataan itu.
"Sistem perbankan mempunyai kredit yang kukuh, mudah tunai yang banyak, modal yang kukuh dan menguntungkan. Peristiwa baru-baru ini tidak mengubah perkara ini... Tindakan bank-bank terbesar di Amerika ini mencerminkan keyakinan mereka terhadap sistem perbankan negara. Kami bersama-sama menggunakan keteguhan dan mudah tunai kewangan kami ke dalam sistem yang lebih besar yang memerlukannya," katanya.
--BERNAMA-ANADOLU
Bernama
Fri Mar 17 2023

Sebanyak 11 bank mengumumkan deposit AS$30 bilion ke dalam First Republic Bank. -Gambar Twitter @ First Republic

Tiga kereta di bahu jalan musnah terbakar
Kebakaran itu tidak membabitkan mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Iktiraf Presiden PBM: Zuraida gagal dapat kebenaran mahkamah
Zuraida Kamaruddin gagal mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi supaya RoS mengiktirafnya sebagai Presiden PBM.

PBB kutuk Israel bunuh kanak-kanak Palestin
PBB menggesa pihak berkuasa Israel supaya mengambil tindakan ke atas "mereka yang bertanggungjawab".

Simone Inzaghi label Man City 'pasukan terkuat dunia'
Anak buah Pep Guardiola menjadi pilihan utama untuk melengkapkan treble sama yang dimenangi oleh Manchester United pada 1999.

Wanita warga emas rentung dalam kebakaran di Mukah
Warga emas berusia dalam lingkungan 80-an dan belum dikenal pasti identitinya itu dijumpai di bawah runtuhan rumah.

Cuaca panas: Suku Semaq Beri ikut adat kembali ke hutan
Sudah menjadi kelaziman bagi mereka meninggalkan kediaman masing-masing di Kampung Sungai Berua dan berpindah ke dalam hutan.

Pulau Pinang milik Kedah: PM sifatkan 'gelojoh kuasa', serah kepada Peguam Negara
Anwar menyerahkan siasatan terhadap kes tersebut kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan yang sesuai.

Anak menangis lihat Shukri Yahaya kemalangan, Ezzrin Loy mohon maaf, datang bawa hadiah
Tular video merakamkan kereta dipandu Shukri hilang kawalan selepas berlanggar dengan kenderaan yang didakwa dipandu Ezzrin.

Bursa Malaysia diniagakan agak tinggi pada sesi awal dagangan
Bursa Malaysia meningkat untuk dibuka lebih tinggi sedikit pada sesi dagangan awal Selasa.

Ringgit rendah berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan
Ringgit memulakan urus niaga pagi ini rendah berbanding dolar AS kerana pelabur masih mengambil sikap berhati-hati.

First Republic Bank disita, dijual kepada JPMorgan Chase Bank
Pihak berkuasa kewangan Amerika Syarikat menyita First Republic Bank dan menjual keseluruhan deposit serta sebahagian asetnya kepada JPMorgan Chase Bank.

11 bank sedia AS$30 bilion selamatkan First Republic Bank
Sebelas bank mengumpul AS$30 bilion deposit bagi menyelamatkan First Republic Bank.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sejajar pergerakan rancak Wall Street
Pada 9.10 pagi, penanda aras FBM KLCI menokok 11.13 mata kepada 1,402.73 daripada 1,391.60 penutup Khamis.