awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 hari berturut tiada kes baru MERS di Korea Selatan

Astro Awani
Astro Awani
16/07/2015
04:13 MYT
11 hari berturut tiada kes baru MERS di Korea Selatan
Tiada pertambahan kes Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) buat hari yang ke 11 berturut-turut di Korea Selatan.
Korea Selatan melaporkan tiada pertambahan kes Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) buat hari yang ke 11 berturut-turut pada Khamis.
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan turut menyatakan tiada kematian dilaporkan sejak Jumaat minggu lalu, lapor agensi berita Korea Yonhap.
Jumlah penduduk yang didiagnosis dengan MERS dalam negara kekal tidak berubah iaitu seramai 186 pesakit. Pihak kementerian turut memaklumkan jumlah kematian turut kekal pada 36.
Seramai 258 pesakit masih dalam pengasingan pada Khamis, namun jumlah itu dilihat berkurangan 64 dari hari sebelumnya.
Sejak kes pertama dilaporkan pada 20 Mei lalu, hampir 16,700 orang dikhuatiri terdedah kepada jangkitan dan diletakkan dalam pengasingan.
Sehingga kini 16,432 dari mereka telah dikeluarkan dari pengasingan apabila tidak menunjukkan simptom lebih daripada tempoh inkubasi maksimum iaitu 14 hari.
Sehingga kini 133 pesakit telah dibenarkan keluar dari hospital setelah melalui pemulihan lengkap. 17 lagi masih mendapat rawatan di hospital dengan 4 dari mereka dalam keadaan tidak stabil.
MERS-CoV adalah ‘beta coronavirus’ yang sehingga kini telah meragut lebih 530 nyawa di seluruh dunia, dengan kadar kematian lebih 36 peratus.
Masih tiada vaksin atau rawatan ditemui buat penyakit yang mula-mula dilaporkan pada tahun 2012 di Arab Saudi ini.
Topic Berkaitan
#beta coronavirus
#Hospital
#Korea Selatan
#Mers-Cov
#virus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan