awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 kanak-kanak antara maut dalam serangan terbaharu rejim Bashar al-Assad

Syria Care
Syria Care
05/03/2018
14:36 MYT
11 kanak-kanak antara maut dalam serangan terbaharu rejim Bashar al-Assad
Pada Ahad sahaja, SOHR mengesahkan lebih 30 orang awam terbunuh di mana 11 daripadanya adalah kanak-kanak. - Gambar fail
Presiden Bashar al Assad tekad untuk meneruskan kempen ketenteraan ke atas Timur Ghoutah ketika mana masyarakat antarabangsa mendesak ia dihentikan.
Sumpah itu dibuatnya di hadapan wartawan dan kemudian disiarkan di seluruh Syria.
Katanya operasi di kawasan berkenaan sejajar dengan kehendak penduduk di situ yang ingin melepaskan diri dari kumpulan yang dilabelnya sebagai "pengganas".
"Majoriti penduduk Timur Ghoutah ingin melepaskan diri dari cengkaman keganasan. Operasi mesti diteruskan," katanya sebagaimana dilapor Middle East Eye.
Sementara itu, media pro kerajaan berkata, sokongan pesawat Rusia telah membantu tentera regim menguasai lebih banyak kawasan.
Terdahulu, Syrian Observatory for Human Rights (SOHR) mengesahkan tentera kerajaan telah memasuki tiga kilometer ke dalam bandar Douma.
Kejayaan itu dicapai selepas Bashar dan konco-konconya melancarkan pelbagai bentuk serangan udara dan pengeboman selama 15 hari ke atas Timur Ghoutah yang mengorban lebih 650 jiwa.
Pada Ahad sahaja, SOHR mengesahkan lebih 30 orang awam terbunuh di mana 11 daripadanya adalah kanak-kanak.
Topic Berkaitan
#Bashar al-Assad
#Syria
#Syria Care
#Timur Ghoutah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan