awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 maut, 27 hilang akibat hujan ribut

Bernama
Bernama
01/08/2023
06:29 MYT
11 maut, 27 hilang akibat hujan ribut
Mangsa yang maut, termasuk empat di Mentougou dan dua di Fangshan, daerah yang paling terjejas teruk. - Foto REUTERS/Thomas Peter
BEIJING: Seramai 11 orang maut dan 27 lagi masih hilang dalam kejadian hujan ribut di Beijing, kata pihak berkuasa tempatan pada Selasa.
Mangsa yang maut, termasuk empat di Mentougou dan dua di Fangshan, daerah yang paling terjejas teruk.
Empat lagi kematian dilaporkan di Daerah Changping dan satu di Daerah Haidian, menurut ibu pejabat kawalan banjir dan kemarau di bandar itu, lapor Xinhua.
Seramai 27 mangsa yang dilaporkan hilang, termasuk 13 di Mentougou, 10 di Changping dan empat di Fangshan.
Taufan Doksuri telah mencetuskan hujan lebat berterusan di bandar itu sejak 29 Julai lalu, dengan hujan ribut paling teruk melanda di bahagian barat, barat daya dan selatan.
Setakat 6 pagi Selasa, Beijing mencatatkan purata hujan 257.9 milimeter, dengan purata di kawasan bandar direkodkan sebanyak 235.1 milimeter.
Di Mentougou dan Fangshan, jumlah curahan hujan masing-masing mencecah 470.2 milimeter dan 414.6 milimeter.
Setakat ini, kira-kira 127,000 penduduk di seluruh bandar itu telah dipindahkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan ribut
#mangsa maut
#mentougou
#fangshan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan