DUNIA
11 penganut Hindu maut apabila traktor terhumban ke dalam kolam di India

Dua kanak-kanak terbunuh dalam satu upacara perendaman patung apabila traktor yang membawa 12 orang terhumban ke dalam Sungai Chambal di daerah Ujjain, Madhya Pradesh. - Foto X / Indian People
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 11 penganut Hindu termasuk ramai kanak-kanak perempuan, maut pada Khamis selepas traktor yang dinaiki mereka terhumban ke dalam sebuah kolam di negeri Madhya Pradesh, India tengah.
Mereka dalam perjalanan pulang selepas menghadiri upacara perendaman patung Dewi Durga sempena perayaan Dussehra, menurut laporan media tempatan.
Kejadian berlaku ketika traktor itu diparkir di atas jambatan sementara di kawasan Pandhana, daerah Khandwa, kira-kira 290 kilometer dari ibu negeri, Bhopal.
Lebih dua dozen orang dilaporkan berada dalam traktor berkenaan.Operasi menyelamat sedang dijalankan di lokasi kejadian, dan sekurang-kurangnya 11 mayat telah ditemukan.
Sementara itu, dua kanak-kanak terbunuh dalam satu lagi upacara perendaman patung apabila traktor yang membawa 12 orang terhumban ke dalam Sungai Chambal di daerah Ujjain, Madhya Pradesh.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami