Insiden tembakan di kompleks tentera laut di Washington membunuh 13 orang termasuk penyerang.
Pihak berkuasa mengenal pasti identiti penyerang sebagai Aaron Alexis, berusia 34 tahun berasal dari Texas yang memiliki rekod jenayah.
Suspek memasuki kompleks berkenaan menggunakan kad pengenalan palsu.
Alexis adalah bekas pekerja di kompleks berkenaan dan pihak berkuasa mengandaikan serangan itu ada kaitan dengan masalah kerja tetapi siasatan tetap dibuat dari pelbagai aspek termasuk keganasan.
Ketua polis washington DC, Cathy Lanier berkata, susulan serangan itu, kawalan keselamatan Capitol dan White House diperketat.
Polis masih memburu dua lagi suspek yang memakai pakaian seragam ala tentera.
Pihak berkuasa yakin serangan tidak dilancarkan secara berseorangan selepas mendengar keterangan saksi.
Salah seorang saksi memberitahu, penyerang menembak ke arah kafetaria manakala seorang lagi menembak ke arah orang ramai di salah satu tingkat lain.
Serangan itu menyebabkan pekerja di kompleks tentera laut lari bertempiaran bagi menyelamatkan diri.
Pusat kawalan sistem tentera laut itu mempunyai tiga ribu pekerja dengan majoritinya adalah orang awam.
Dalam pada itu, president Barack Obama mahu pihak bertanggungjawab menyerang kompleks tentera laut dibawa ke muka pengadilan.
Obama menyifatkan serangan itu sebagai tindakan pengecut serta menyampaikan ucapan takziah kepada semua yang terkesan kerana serangan itu.
Astro Awani
Tue Sep 17 2013
10 Berita Pilihan - (01 Jun 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Polis tahan tiga mat rempit
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Zelenskiy tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelenskiy dijangka meminta para hadirin untuk menghadiri dan menyokong sidang kemuncak keamanan di Switzerland bulan ini.
AWANI Ringkas: Indonesia sedia hantar tentera ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Zahid teruskan diplomasi durian dengan mengirim 300 durian ke China
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meraikan diplomasi durian dengan menghantar 300 biji durian dan diagihkan kepada warga China. Beliau menyifatkan lawatan rasminya kali ini memuaskan dan berharap tindakan susulan yang perlu diambil dapat dilaksanakan dengan jayanya. #AgendaAWANI
Institut Malaysia-China ditubuhkan, erat hubungan dua negara - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata sebuah Institut Malaysia-China (MCI) akan ditubuhkan untuk meningkatkan kerjasama pendidikan dua negara. Jelasnya, institut ini akan diwujudkan dibawah Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan GIATMARA. #AgendaAWANI
AWANI 7:45 [01/06/2024] – Pembunuhan kanak-kanak autisme | SPRM teliti petunjuk baharu | Siasatan sudah bermula, mahukan kebenaran | Himpunan semua penduduk
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Ibu bapa direman tujuh hari, siasatan pembunuhan Zayn Rayyan
- SPRM terima aduan baharu, kontrak suami Hannah Yeoh dan kerajaan Selangor
- Hannah Yeoh sokong siasatan SPRM, mahu kebenaran didedah
- Sambutan Gawai di rumah panjang Luking, tampil warisan bangsa
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Ibu bapa direman tujuh hari, siasatan pembunuhan Zayn Rayyan
- SPRM terima aduan baharu, kontrak suami Hannah Yeoh dan kerajaan Selangor
- Hannah Yeoh sokong siasatan SPRM, mahu kebenaran didedah
- Sambutan Gawai di rumah panjang Luking, tampil warisan bangsa
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Kerajaan berusaha penuhi keperluan 30,000 jurutera menjelang pertengahan 2025 - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata Kerajaan sedang berusaha memenuhi keperluan 30,000 jurutera dalam pelbagai bidang tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing. Jelasnya, hal ini diusahakan melalui rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dengan mengambil inspirasi dari sistem TVET China yang mampu melahirkan 500,000 graduan dalam masa yang secara relatifnya lebih singkat. #AgendaAWANI
Tawaran TVET dari China sukar ditolak, menguntungkan Malaysia - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata tawaran dan peluang pengajian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang ditawarkan kepada Malaysia oleh China adalah luar biasa berbanding negara-negara lain. Jelasnya, China bukan sahaja menawarkan biasiswa kepada pelajar tempatan, bahkan menaja enam jentera lengkap untuk digunakan dalam pembelajaran. #AgendaAWANI
220 institusi TVET China tawar lebih 3,000 penempatan pelajar tambahan kepada Malaysia - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata 220 institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di China telah menawarkan 3,125 penempatan tambahan untuk pelajar Malaysia melanjutkan pengajian dalam bidang berkenaan. Jelasnya, ini merupakan antara kejayaan yang berjaya dicapai dalam masa singkat semasa lawatan rasminya ke republik itu. #AgendaAWANI
13 mati ditembak di Washington
Insiden tembakan di kompleks tentera laut di Washington membunuh 13 orang termasuk penyerang.