awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 maut apabila bas mini dirempuh komuter di Jakarta Barat

Bernama
Bernama
06/12/2015
05:26 MYT
13 maut apabila bas mini dirempuh komuter di Jakarta Barat
Media sosial dibanjiri ucapan takziah berikutan kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil malam tadi. - Gambar fail
Tiga belas orang maut apabila bas mini Metromini yang dinaiki mereka dirempuh komuter elektrik di laluan Kalideres-Grogol berhampiran Stesen Angke, Jakarta Barat di sini hari ini.
Siaran berita televisyen tempatan melaporkan, akibat rempuhan itu bas mini yang cuba melintasi rel komuter berkenaan remuk setelah diseret sejauh 400 meter dalam kejadian 8.48 pagi itu.
Pegawai Hubungan Manusia syarikat KAI Commuter Jabodetabek, Eva Chairunnisa dipetik sebagai berkata bagaimanapun kesemua penumpang komuter terselamat.
Beliau berkata, kerja-kerja mengeluarkan bangkai bas yang tersepit pada bahagian kepala komuter itu masih dilakukan dan pihaknya masih belum boleh membuat kenyataan berhubung punca kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Seksyen Tambora, Wirdhanto berkata setakat ini polis mengesahkan 13 orang maut manakala tiga lagi parah. Kesemua mereka adalah penumpang bas mini terbabit.
Katanya, kesemua mengsa dihantar ke Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo, Jakarta Pusat dan hospital berhampiran.
Kemalangan itu mengakibatkan laluan menuju ke Angke di Jakarta Barat mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk sehingga sekarang.
Topic Berkaitan
#Eva Chairunnisa
#Jakarta Barat
#kemalangan
#maut
#Metromini
#Stesen Angke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan