awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 tetamu majlis perkahwinan maut terjatuh dalam perigi

Astro Awani
Astro Awani
17/02/2022
04:32 MYT
13 tetamu majlis perkahwinan maut terjatuh dalam perigi
Ini adalah perigi di mana 13 wanita dan kanak-kanak perempuan menemui ajal selepas kepingan besi tempat mereka duduk patah menyebabkan mereka terjatuh ke dalam lubang. - Foto Twitter/@sharjah24
NEW DELHI: Tiga belas wanita dan seorang kanak-kanak perempuan yang menghadiri satu majlis perkahwinan di utara Uttar Pradesh, India, dilaporkan maut selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi pada Rabu.
Difahamkan, ketika kejadian kesemua mangsa dipercayai sedang duduk di atas kepingan besi yang menutupi perigi itu apabila ia patah dan menyebabkan mereka terjatuh ke dalam lubang itu.
Menurut Majistret Daerah Uttar Pradesh S. Rajalingam, perigi itu dipercayai sudah usang dan tidak mampu menampung berat mangsa-mangsa terbabit.
“Mangsa jatuh dan ditimpa serpihan,” katanya.
Perdana Menteri India Narendra Modi dalam hantaran terbaharu di Twitter berkata, kemalangan itu "amat menyayat hati".
"Pihak berkuasa tempatan akan memberikan segala bantuan yang diperlukan," kata Modi.
Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath turut dilaporkan telah memaklumkan pihak berkuasa tempatan untuk membantu keluarga mangsa terlibat.
Kebiasaannya, majlis perkahwinan di India diadakan dalam suasana yang meriah dan mewah dengan kehadiran ramai tetamu dan berlangsung selama beberapa hari.
Pada 2017, seramai 24 tetamu yang meraikan majlis perkahwinan di negeri barat laut Rajasthan terbunuh apabila tembok yang runtuh menimpa mereka dalam kejadian ribut.
Topic Berkaitan
#tetamu majlis perkahwinan
#Narendra Modi
#jatuh dalam perigi
#duduk atas kepingan besi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan