Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam serangan sekumpulan lelaki bersenjata ke atas sebuah gereja di timur Burkina Faso semasa upacara misa pada Ahad, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan kerajaan.
"Sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali melakukan serangan itu semasa upacara misa pada Ahad di sebuah gereja Protestan di pekan Hantoukoura berhampiran kawasan yang bersempadan dengan Niger.
"Serangan ini malangnya telah menyebabkan 14 orang terbunuh dan ramai yang cedera,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut tentera di wilayah tersebut telah melancarkan operasi terhadap penyerang.
Kira-kira 21 orang terbunuh dalam serangan yang menyasarkan penganut Kristian sejak Februari, menurut pihak berkuasa.
Penganut Kristian merupakan satu pertiga daripada jumlah penduduk Burkina Faso.
Presiden Roch Marc Kabore pada November menggesa agar rakyat negara itu kekal berani dan bersatu dalam menentang kumpulan pengganas selepas 37 orang maut manakala lebih 60 lagi cedera dalam satu serangan ke atas konvoi yang menghantar pekerja tempatan sebuah syarikat perlombongan Kanada iaitu Semafo.
Tiga kumpulan militan utama telah didapati menimbulkan kekacauan di bahagian utara dan timur negara itu.
Laporan menunjukkan bahawa beratus-ratus orang terbunuh setakat ini pada 2019 manakala lebih 150,000 melarikan diri dari rumah masing-masing susulan serangan yang berlaku di seluruh wilayah Sahel.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 02 2019

Sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali melakukan serangan itu semasa upacara misa pada Ahad di sebuah gereja Protestan di pekan Hantoukoura berhampiran kawasan yang bersempadan dengan Niger.

Penculikan | 279 pelajar diculik di asrama, dipulangkan
Ratusan pelajar sekolah di Nigeria yang diculik dari sekolah berasrama penuh di Zamfara minggu lalu telah dibebaskan semula pada Selasa. Menurut pihak berkuasa, seramai 279 kanak-kanak itu dilaporkan berada dalam keadaan baik.

Liga Hoki Malaysia | Tiga pemain THT perlu kemuka surat bebas COVID-19
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, ia bagi memastikan mereka benar-benar sembuh, sekali gus mengelakkan risiko jangkitan kepada pemain lain.

Penerima Organ | Jenazah Mohd Afiq selamat disemadikan
Jenazah Mohd Afiq Ikmal Muhammad, 23, penerima hati pertama negara selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Barokah, Kampung Masjid Tikam Batu, kira-kira jam 6 petang tadi.

Ekonomi negara dijangka pulih pada suku ketiga - Pakar
Ekonomi negara dijangka pulih pada suku ketiga. Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma melihat, pemulihan itu akan berlaku dengan pantas sekiranya rakyat terus mematuhi prosedur operasi standard, SOP dengan ketat.

Gelembung Sukan | KHM tidak kompromi pasukan langgar SOP
Tindakan mengantung pasukan mungkin boleh dipertimbangkan jika didapati prosedur operasi standard (SOP) tidak dipatuhi.

Soalan Bocor | Berdiam diri tidak selesai masalah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) perlu mengeluarkan kenyataan berhubung soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 didakwa bocor melibatkan topik Kertas 2 subjek Sejarah.

Peperiksaan Utama | KPM perlu pertimbang selaraskan jadual peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mempertimbangkan cadangan untuk penyelarasan semula peperiksaan utama di Malaysia.

Duta AS ke Malaysia | Mcfeeters teruja kembali bertugas di Malaysia
Brian Mcfeeters, yang sebelum ini merupakan Penasihat Politik Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia, kembali dengan tugasan baharu. Kali ini sebagai Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia. Menerusi satu perkongsian video dimuatnaik menerusi akaun Kedutaan Amerika di Youtube, Mcfeeters akui teruja dan tidak sabar untuk berbakti dalam menjalankan komitmen ketika Malaysia dan Amerika berdepan pandemik.

5 perkara penting dalam sidang media KKM - 02 Mac 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Capaian Internet | Rakyat sambut baik teknologi 5G daripada kerajaan
Rata-rata penduduk yang ditemui Astro AWANI menyambut baik penambahbaikan teknologi 5G yang diperkenal kerjaan bagi tujuan pembelajaran, perniagaan mahupun pekerjaan seharian yang lebih lancar.

14 maut dalam serangan sekumpulan lelaki bersenjata ke atas gereja di Burkina Faso
Kira-kira 21 orang terbunuh dalam serangan yang menyasarkan penganut Kristian sejak Februari.

Tiada warga Malaysia terbabit nahas pesawat Air Algerie - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam kejadian pesawat Air Algerie yang dilaporkan terhempas, menurut Wisma Putra.

Nigeria optimis juarai Piala Afrika
Nigeria optimis mampu menamatkan penantian lebih 20 tahun apabila berdepan Burkina Faso awal pagi nanti bagi saingan akhir Piala Negara-negara Afrika (AFCON).