DUNIA
15 Jun, Konvoi Maghrib teruskan usaha kapal Madleen pecah sekatan Israel - Presiden MAHAR

Perhimpunan solidariti untuk Palestin. - foto/REUTERS
KUALA LUMPUR: Selepas cubaan merempuh sekatan Israel melalui jalan laut, Konvoi Maghrib pula akan meneruskan usaha itu melalui jalan darat pada 15 Jun akan datang.
Ringkasan AI
- Selepas misi laut oleh kapal Madleen, Konvoi Maghrib akan bergerak dari Tunisia ke sempadan Rafah, Mesir pada 15 Jun, dengan harapan dapat menembusi sekatan Israel melalui jalan darat.
- Lebih 1,500 peserta menyertai konvoi, manakala 4,000 lagi dijangka menyertai perarakan dari Kaherah ke Rafah, termasuk berjalan kaki sejauh 50 km sebagai simbol solidariti.
- Kapal Madleen yang membawa bantuan penting ke Gaza ditahan oleh Israel, termasuk 12 aktivis antarabangsa seperti Greta Thunberg dan Rima Hassan, mencerminkan cabaran besar dalam usaha kemanusiaan ke wilayah terkepung itu.
“Esok konvoi ini akan masuk ke Mesir dan kita akan lihat respon daripada kerajaan Mesir; sama ada akan diberi izin untuk ke sempadan Rafah atau sebaliknya.
“Selain itu, kita kumpul aktivis-aktivis daripada pelbagai negara untuk berada di Kaherah pada 12 Jun untuk berarak ke Rafah bersama-sama Konvoi Maghrib untuk memecahkan sekatan (Israel ke atas Palestin),” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
15 Jun Konvoi Maghrib teruskan usaha kapal Madleen pecah sekatan Israel – Presiden MAHAR
Media melaporkan, lebih 1,500 peserta menyertai Konvoi Maghrib manakala sekitar 4,000 peserta dijangka menyertai perarakan ini yang akan bergerak dengan bas ke al-Arish sebelum berjalan kaki sejauh 50 kilometer ke sempadan Rafah.Kapal layar Madleen sepanjang 18 meter itu memulakan pelayaran ke Gaza pada 1 Jun dari Pelabuhan San Giovanni Li Cuti di Catania, Sicily, Itali, sebagai sebahagian daripada misi terkini anjuran Freedom Flotilla Coalition bagi memecahkan sekatan ke atas Gaza dan menghantar bantuan ke wilayah itu.
Seramai 12 individu berada di atas kapal Madleen, terdiri daripada 11 aktivis dan seorang wartawan.
Menurut penganjur, kapal itu membawa bekalan penting yang amat diperlukan penduduk Gaza, termasuk susu formula bayi, tepung, beras, lampin, tuala wanita, kit penyahgaraman air, bekalan perubatan, tongkat sokongan serta anggota palsu untuk kanak-kanak.
Pada Isnin, 12 aktivis antarabangsa ditahan pasukan keselamatan Israel di atas kapal bantuan Madleen berkenaan, termasuk aktivis iklim dari Sweden, Greta Thunberg dan ahli parlimen Eropah, Rima Hassan.
Dialog Tiga Penjuru: Dialog Tiga Aktivis Palestin

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami