Skip to main content

Dunia

15 maut dalam kebakaran rumah di Filipina

51693455552_fire.jpg
MANILA: Sejumlah 15 orang maut dalam kebakaran sebelum subuh pada Khamis yang memusnahkan sebuah rumah di Manila, Filipina, lapor Xinhua memetik Biro Perlindungan Kebakaran.

Biro itu berkata tiga lagi terselamat dalam kebakaran yang berlaku kira-kira 5.30 pagi waktu tempatan.

Bomba mengambil masa hampir tiga jam untuk memadamkan kebakaran.

Mangsa terdiri daripada ahli keluarga dan pekerja yang tinggal di rumah di Quezon City itu.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video