awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

16 anggota SWAT cedera akibat letupan semasa latihan di California

Bernama
Bernama
14/03/2024
05:00 MYT
16 anggota SWAT cedera akibat letupan semasa latihan di California
Seorang jurucakap Orange County Sheriff's Department sewaktu memberikan sidang akhbar mengenai insiden yang mencederakan 16 anggota SWAT itu. - Foto AP
WASHINGTON: Sekurang-kurangnya 16 anggota SWAT Sheriff Orange County (OC) cedera akibat letupan semasa latihan di FBI Special Agent Jerry Crowe Regional Tactical Training Facility, di bandar Irvine, California, menurut pejabat Sheriff OC, lapor Sputnik.
"Hari ini, Rabu, 13 Mac, anggota SWAT kami sedang menjalani latihan tahunan dengan HDS (Seksyen Peranti Berbahaya Sheriff). Semasa latihan, letupan berlaku di dalam rumah menyebabkan kecederaan kepada 16 anggota pasukan SWAT," kata pejabat itu dalam hantaran di laman web X pada Rabu.
Menurut pejabat itu, 15 pegawai telah dibawa ke hospital tempatan dan seorang anggota pergi sendiri ke hospital. Seorang daripadanya mengalami kecederaan kaki yang memerlukan pembedahan, dua mengalami kecederaan ringan di bahagian belakang dan kaki manakala 13 yang lain mengalami pening dan berdengung di telinga mereka, kata pejabat itu.
Jabatan Sheriff OC dengan kerjasama FBI, telah melancarkan siasatan ke atas kejadian itu, tambah pejabat itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota SWAT cedera
#cedera akibat letupan
#Irvine California
#menjalani latihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan