awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peruntukan RM50 juta bantu selenggara 28 SJKT di Pulau Pinang
Lebih 1.53 juta daftar undi pos bagi pilihan raya umum Bangladesh
China perketat kawalan eksport barangan dwiguna ke Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1.7 juta penduduk hilang tempat tinggal di Semenanjung Gaza, kata PBB

Bernama
Bernama
17/04/2024
04:20 MYT
1.7 juta penduduk hilang tempat tinggal di Semenanjung Gaza, kata PBB
UNHCR mengumumkan kira-kira 1.7 juta rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal secara paksa di Semenanjung Gaza akibat pencerobohan Israel yang berterusan, mengakibatkan pembunuhan 33,000 orang. - Gambar fail AP
GENEVA: Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) mengumumkan kira-kira 1.7 juta rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal secara paksa di Semenanjung Gaza akibat pencerobohan Israel yang berterusan, mengakibatkan pembunuhan 33,000 orang, majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita.
Jurucakap UNHCR, Ravina Shamdasani berkata dalam sidang akhbar di pejabat PBB di Geneva bahawa "menyelesaikan situasi bencana yang dialami oleh orang awam di Gaza mesti tetap menjadi keutamaan", lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Dilaporkan bahawa Israel terus mengenakan sekatan haram ke atas kemasukan dan pengedaran bantuan kemanusiaan di Gaza dan Israel mengebom semua kawasan di Semenanjung Gaza.
Shamdasani berkata: "Terdapat kira-kira 1.7 juta orang yang kehilangan tempat tinggal secara paksa di Gaza. Orang-orang ini hidup dalam keadaan yang menakutkan dan di bawah ancaman yang berterusan.
Beliau menegaskan bahawa Israel, sebagai "kuasa pendudukan", mesti mengambil semua langkah dalam kuasanya untuk memulihkan ketenteraman dan keselamatan awam di Tebing Barat. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#penduduk Palestin
#Pencerobohan Israel
#UNHCR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan