awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perolehan projek Tentera Darat: SPRM sita enam akaun bank, geledah beberapa syarikat
Pahang kembali dilanda banjir, Johor catat peningkatan mangsa
Rusuhan bersenjata di Mount Austin berpunca daripada tuntutan RM100,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

17 maut, puluhan cedera dalam nahas bas persiaran di Thailand

Bernama
Bernama
26/02/2025
04:20 MYT
17 maut, puluhan cedera dalam nahas bas persiaran di Thailand
Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kemalangan. - Gambar/ Thai Highway Police
BANGKOK: Tujuh belas orang maut manakala lebih 20 lagi cedera apabila sebuah bas yang membawa rombongan lawatan sambil belajar sebuah perbandaran dari Wilayah Bueng Kan terbalik ketika menuruni Bukit Phu Thon di Prachinburi, timur Thailand, awal pagi Rabu.
Kejadian berlaku kira-kira 3 pagi (waktu tempatan) apabila bas yang bertolak dari Daerah Phon Charoen hilang kawalan di selekoh ketika dalam perjalanan ke Wilayah Rayong.
Menurut Polis Lebuh Raya Thailand, laporan awal mengesahkan 17 kematian serta ramai yang cedera.
"Petugas penyelamat daripada Yayasan Sajja Kabin Buri telah membawa mangsa cedera ke Hospital Na Di dan Hospital Kabin Buri untuk rawatan," menurut kenyataan Polis Lebuh Raya pada Rabu.
Media tempatan melaporkan bahawa tiga bas bergerak secara konvoi dalam rombongan lawatan sambil belajar ke Rayong. Bas yang terbabit dalam nahas adalah kenderaan dua tingkat berhawa dingin dan merupakan bas ketiga dalam konvoi itu.
Pegawai Daerah Na Di Somjai Phutthasena yang melawat lokasi kejadian berkata pihak berkuasa sedang menyiasat punca kemalangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan bas
#Thailand
#rombongan
#angka maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan