awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

17 terbunuh dalam protes antikerajaan di Peru

Bernama
Bernama
10/01/2023
09:02 MYT
17 terbunuh dalam protes antikerajaan di Peru
Protes itu ditujukan terhadap kerajaan Presiden Dina Boluarte yang berkuasa selepas pemecatan Pedro Castillo. - AP
BUENOS AIRES: Sekurang-kurangnya 17 terbunuh dalam protes terbaharu antikerajaan di Peru, menurut pejabat ombudsman rasmi Amerika Selatan lewat Isnin.
Agensi Akhbar Jerman (dpa) memetik kenyataan pejabat itu bahawa 17 terbunuh di Juliaca, berhampiran Tasik Titicaca di selatan Peru berikutan pertempuran ganas antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan.
Seorang lagi maut dalam kemalangan di sekatan jalan raya di bandar berdekatan Chucuito, kata pejabat itu dalam kenyataan, lapor dpa.
Beberapa hari lepas, penunjuk perasaan antikerajaan cuba menyerbu lapangan terbang di Juliaca dan bertempur hebat dengan polis.
Protes itu ditujukan terhadap kerajaan Presiden Dina Boluarte yang berkuasa selepas pemecatan Pedro Castillo.
Penunjuk perasaan menuntut peletakan jawatannya, pembubaran Kongres dan membebaskan bekas presiden Castillo yang dipenjara.
Castillo, bekas guru sekolah kampung, mahu menghalang undi tidak percaya pada Disember dan membubarkan Kongres, namun kongres memecatnya.
Beliau ditahan atas tuduhan cuba merampas kuasa dan kekal dalam tahanan menunggu perbicaraan.
Penyokong beliau berulang kali turun ke jalanan sejak penahanannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Peru
#Dina Boluarte
#Pedro Castillo
#jumlah kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan