BANGKOK:Sejumlah 18 orang terbunuh manakala 44 lagi cedera, apabila sebuah kereta api barang bertembung dengan sebuah bas persiaran di Wilayah Chachoengsao, kira-kira 50 kilometer timur Bangkok hari ini.
Gabenor Jabatan Kereta Api Thailand (SRT) Nirut Maneephan mengesahkan jumlah mereka yang maut.
"Daripada 44 yang cedera, 31 telah menerima rawatan dan didiscaj daripada hospital," katanya dalam satu kenyataan.
Pada kejadian kira-kira jam 8 pagi (waktu tempatan) di lintasan kereta api berhampiran stesen Kereta Api Khlong Khwaeng Klan di Wilayah Chachoengsao itu, kereta api dari arah Laem Chabang di Rayong, telah bertembung dengan sebuah bas membawa 60 penumpang yang dalam perjalanan dari Samut Prakan ke sebuah kuil di Chachoengsao untuk menghadiri satu upacara keagamaan.
Gabenor Chachoengsao Maitree Traitilanan berkata, kejadian itu berlaku ketika bas itu sedang menyeberangi lintasan tersebut.
"Siasatan awal mendapati, walaupun kereta api itu telah membunyikan honnya, namun bas tersebut terus melintas landasan kereta api, kerana ketiadaan penghadang. Kereta api itu kemudiannya merempuh bas.
Maitree berkata, pihak polis masih menyiasat punca kejadian tersebut.
Mereka yang cedera telah dihantar ke hospital berdekatan.
Media tempatan melaporkan mayat-mayat bergelimpangan, manakala ada yang terperangkap di dalam bas, dan barangan milik penumpang bas berselerakan.
Sementara itu Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha menyampaikan ucapan takziah kepada anggota keluarga yang maut dan cedera dalam kemalangan tersebut.
Dalam pada itu, seorang jurucakap kerajaan Anucha Burapachaisri berkata, Perdana Menteri telah mengarahkan Gebenor Chachoengsao dan pihak berkuasa berkaitan untuk memberikan bantuan segera kepada anggota keluarga semua mangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 11 2020
Kejadian itu berlaku ketika bas itu sedang menyeberangi lintasan tersebut. -Bernama
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
MPV dinaiki enam pegawai imigresen terlibat nahas babit lima kenderaan
Kenderaan JIM terbabit dipercayai dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas selesai tugasan di Johor Bahru.
Penunggang motosikal parah, 5 cedera kemalangan babit ambulans KKM
Seorang penunggang motorsikal wanita cedera parah manakala lima lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans dengan empat kenderaan di Jalan Kajang Perdana, di sini pada Isnin.
Pemain West Ham, Antonio stabil selepas kemalangan jalan raya
Dalam satu kenyataan, West Ham berkata, Antonio, 34 tahun, sudah kembali sedar.
Remaja maut kereta hilang kawalan bertembung lori
Mangsa yang berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Penghantar makanan maut dirempuh kereta di lampu isyarat merah
Seorang penghantar makanan maut dirempuh sebuah kereta ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Mas, Puchong pada Jumaat.
Mahasiswa maut dalam perjalanan ke kampus
Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, Muhammad Irfan Roslan, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Kemalangan di Setiu: Jenazah tiga beranak dikebumi dalam satu liang lahad
Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kampung Sungai Lerek dekat Setiu, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Maras.
Warga emas maut dalam kemalangan libat dua kereta
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM46, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam.
Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan
Tiga lelaki cedera termasuk dua anggota polis selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM)74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Tiga beranak maut, bayi setahun selamat dalam kemalangan di Lebuhraya DUKE
Bayi lelaki berusia kira-kira setahun selamat dan dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.