Cuaca sejuk ekstrem yang melanda Amerika Syarikat (AS) khususnya di bahagian timur laut negara itu sudahpun mengorbankan sekurang-kurangnya 18 orang.
Salji yang turun dengan lebat pada Jumaat memaksa petugas jalanan bertungkus-lumus membersihkan laluan umum meskipun dalam suhu yang jatuh menjunam, lapor Reuters.
Keadaan sejuk luar biasa dijangka terus melanda New England hingga ke bahagian barat tengah AS dan ke Carolina. Dalam beberapa hari mendatang, bacaan suhu diramalkan jatuh lagi antara 1 hingga 7 Celsius berbanding suhu purata yang sudahpun di bawah paras beku.
Dari Baltimore ke Caribou, Maine, petugas terus menjalankan kerja-kerja luar dalam suhu di bawah paras beku di beberapa kawasan selepas terbenam matahari.
Dalam kejadian pada Jumaat di North Charleston, South Carolina, keadaan jalan raya yang licin mengakibatkan sebuah kenderaan tergelincir lalu melanggar mati seorang pejalan kaki. Pemandu kereta tersebut yang berusia 17 tahun telah ditahan dan didakwa memandu terlalu laju dalam situasi tersebut.
“Keadaan bahaya amat nyata. Permukaan berais di mana-mana di kota ini. Duduk saja di rumah,” kata pihak berkuasa menerusi Twitter.
Seorang pakar meteorologi menerusi perkhidmatan AccuWeather, Dan Pydynowski, juga memberi amaran: “Keadaan sangat berbahaya. Sebarang permukaan kulit yang terdedah boleh membeku dalam beberapa minit.”
Cuaca sejuk buat masa ini menjejaskan kedatangan pelancong ke New York, dengan semua tempat pelancongan seperti tugu peringatan dan arca awam diselubungi ais. Malah, ada yang berpendapat, kesejukan itu lebih dahsyat dari London.
GALERI FOTO: Amerika membeku!
Di Tugu Peringatan Lincoln, pelancong yang datang untuk bergambar di kawasan itu juga diarahkan bersurai kerana pihak berkuasa bimbang akan keselamatan dan kesihatan mereka.
Ribut salji yang melanda pada Khamis membawa kelajuan angin sehingga 113 kilometer sejam, dan menyebabkan salji terbentuk setebal 56 sentimeter di maine dan 43 sentimeter di Massachusetts.
Sementara itu, gelandangan di bandar-bandar seperti Houston dan Boston telah diselamatkan pihak berkuasa, dengan membawa mereka masuk ke pusat perlindungan sementara.
Setakat ini, tiga orang gelandangan di Texas maut akibat terdedah kepada cuaca sejuk melampau.
Agensi
Sat Jan 06 2018
Orang awam yang berada di luar bangunan di Manhattan, New York ini terpaksa menghangatkan tubuh dengan mengenakan pakaian tebal yang berlapis-lapis. - Reuters
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Kakitangan universiti cedera terima bungkusan berisi bom
Seorang kakitangan Universiti Northeastern, Boston cedera selepas sebuah bungkusan yang diterima tiba-tiba meletup.
Lebih 60 atlet Rusia, Belarus dihalang sertai maraton Boston
Bagaimanapun, rakyat di kedua-dua negara yang tinggal di luar negara boleh menyertai acara itu dengan syarat tidak menggunakan bendera negara asal mereka.
Muka luka dan lebam tetapi doktor ini tetap senyum
Beliau mengirimkan satu gambar dirinya memaparkan keadaan wajahnya yang luka dan lebam dikatakan akibat pemakaian topeng muka terlalu lama.
Ratu cantik kembali bertugas sebagai doktor, bantu perangi pandemik COVID-19
Mukherjee, yang sebelum ini dimahkotakan Miss England dua tahun lalu, berehat dari karier utama beliau sebagai doktor junior bagi memberi fokus dalam pertandingan ratu cantik dunia Miss World.
Si comel miliki rambut unik!
Bayi berusia empat bulan itu dikatakan memilik rambut telah mengikut rambut bapanya.
Lima maut selepas Amerika Syarikat dilanda ribut
Hampir 1.7 juta kediaman dan perniagaan terputus belakan api selepas ribut itu melanda.
Cuaca sejuk melampau: Bandar di seluruh AS mula membeku
Situasi ini menimbulkan kebimbangan di kalangan doktor terhadap serangan radang dingin dan hiportemia sekiranya langkah berjaga-jaga tidak diambil.
Pakar perubatan Amerika Syarikat beri preskripsi senaman ganti ubat-ubatan
Pakar perubatan di Boston dilapor merawat masalah kesihatan kronik pesakit mereka menerusi senaman dan bukannya ubat-ubatan.
Pengebom Boston mohon maaf kepada semua mangsa
Pengebom Boston, Dzhokhar Tsarnaev memohon maaf kepada semua mangsanya buat pertama kali dalam mahkamah.
3 rakan suspek insiden bom marathon Boston ditahan
Tiga rakan kolej suspek kejadian bom marathon di Boston dihadapkan ke mahkamah berdepan tuduhan memusnahkan bahan bukti selepas insiden itu.