Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh, manakala 50 lagi cedera selepas sebuah kolej di Crimea, Rusia diserang seorang remaja lelaki yang meledakkan bom serta melepaskan tembakan secara rambang.
Pihak berkuasa dalam satu kenyataan hari ini menyifatkan insiden di bandar Kerch itu sebagai serangan pengganas.
Selain mengorbankan 17 mangsa yang kebanyakannya penuntut kolej, pelaku serangan itu, Vladislav Roslyakov yang berusia 18 tahun turut terbunuh.
Rakaman video di tempat kejadian juga menunjukkan pasukan tentera mengepung dan mengawal kolej tersebut.
Seorang penduduk tempatan memaklumkan, ibu bapa telah diarahkan untuk menjemput anak-anak mereka dari sekolah dan tadika.
Pengarah kolej, Olga Grebennikova berkata, mayat kanak-kanak dilihat bergelimpangan di merata-rata tempat.
Jawatankuasa Siasatan pula memberitahu, maklumat awal yang diperolehi ialah kejadian letupan bom di kafeteria kolej berkenaan.
Menurut jawatankuasa tersebut, kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak dan remaja.
Seorang kakitangan hospital di Kerch memberitahu, setakat ini seramai 18 orang telah dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan dan dijangka 50 lagi mangsa akan dibawa masuk.
"Sekarang pun sudah ramai mangsa di bilik kecemasan, dan di bilik pembedahan," katanya seperti dipetik agensi berita TASS.
Gambar kejadian tersebut juga menunjukkan bahawa tingkap pada tingkat bawah bangunan dua tingkat itu pecah, dan serpihannya bertaburan di atas lantai.
Agensi
Wed Oct 17 2018
Rakaman video di tempat kejadian juga menunjukkan kolej tersebut kini dihadiri pasukan tentera. - Foto AP
Penang FC yakin kemampuan Neto Oliveira
Akmal Rizal berkata pemain kelahiran Brazil berusia 26 tahun itu berkemungkinan besar akan disenaraikan dalam kesebelasan utama.
Malaysia digesa perjuangkan keterangkuman dan kerjasama dalam sektor guaman ASEAN
Katanya, dengan menghapuskan halangan dan memupuk kerjasama yang lebih luas dalam komuniti guaman, ASEAN boleh membuka laluan baharu.
KDNFC kecam tindakan individu, kumpulan serang pemain bola sepak
Insiden yang berlaku merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan perlu dibendung dengan kadar segera.
Melaka anjur pameran Hang Tuah Jun ini
Pameran anjuran kerajaan negeri itu mampu menarik kunjungan orang ramai bagi melihat lebih dekat penemuan terbaharu mengenai Hang Tuah.
Sabah FC muncul juara Piala SMJ 2024
Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke-63 menerusi sepakan penalti Ramon Machado yang diberikan pengadil Tuan Mohd Yaasin.
Pantau Belanjawan: Penstrukturan modul TVET, selari arus perubahan industri
Graduan dalam aliran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kini, mempunyai potensi besar menjadi tenaga mahir negara dalam pelbagai bidang. Apakah langkah yang boleh diambil untuk memastikan kurikulum bidang TVET dapat memenuhi keperluan industri semasa serta dapat mempersiapkan graduan bagi menghadapi pelbagai cabaran dalam pasaran pekerjaan?
Pemandu maut selepas langgar pintu pagar Rumah Putih
Sebuah kenderaan yang bergerak dengan laju melanggar sebuah pintu pagar Rumah Putih pada Sabtu malam.
[TERKINI] 17 orang diserang kepala air,enam dikhuatiri lemas
Bagi perinciannya, kita bersama Wakil Astro Awani Sabah, Ridzal Abdullah untuk perkembangan situasi terkini.
Pengurus besar sebuah agensi kerajaan antara tiga ditahan di Kelantan - SPRM
Ketiga-tiga pegawai dipercayai ditahan selepas keterangan mereka diambil di Pejabat SPRM di Kota Bharu antara 7.15 dan 8 malam tadi.
25 ditahan dalam operasi bersepadu Polis Kuala Lumpur
Operasi berkenaan melibatkan 12 pegawai dan 147 anggota polis, bermula 10 malam Sabtu dan berakhir 7 pagi Ahad.
Jambatan utama hubungkan Crimea-Rusia terbakar
Sebuah jambatan menghubungkan Crimea dengan Rusia dilaporkan terbakar awal pagi Sabtu menyebabkan gangguan trafik.
Ukraine-Rusia: Putin gesa Crimea diiktiraf sebahagian dari Rusia
Putin mendakwa penguasaan Rusia ke atas semenanjung Crimea, Ukraine pada 2014 sebagai cerminan kemahuan dan pilihan penduduk tempatan.
EU tolak cadangan Trump bawa masuk Rusia dalam kumpulan G7
Walaupun merupakan hak istimewa ketua G7 boleh mengundang tetamu, namun untuk mengubah keanggotaan atau format adalah tidak dibenarkan.
18 terbunuh dalam serangan bersenjata di Crimea
Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh, manakala 50 lagi cedera selepas sekumpulan lelaki bersenjata merempuh masuk sebuah kolej di Crimea, Rusia.
Rusia Memilih: Putin bakal pecah rekod terajui Rusia selama empat penggal
Jutaan rakyat Rusia keluar mengundi dalam pilihan raya yang dijangka memihak kepada Vladimir Putin sekai gus membawanya menerajui Rusia untuk tempoh enam tahun lagi.