DUNIA
19 maut, 13 cedera lori terbalik di barat Uganda

Seramai 19 orang maut manakala 13 lagi cedera selepas sebuah lori terbalik di daerah Hoima, barat Uganda, menurut polis pada Rabu. - Gambar fail/hiasan
KAMPALA: Seramai 19 orang maut manakala 13 lagi cedera selepas sebuah lori terbalik di daerah Hoima, barat Uganda, menurut polis pada Rabu, lapor Xinhua.
Jurucakap polis wilayah Albertine, Julius Hakiza berkata kemalangan berlaku pada Selasa malam ketika lori itu membawa peniaga dari sebuah pasar di daerah jiran, Buliisa.
"Lori itu gagal membrek, hilang kawalan lalu terbalik, mengorbankan 19 orang di tempat kejadian," kata Hakiza, sambil menambah bahawa mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital.
Hakiza berkata lebihan muatan mungkin menjadi punca kemalangan, memandangkan lori itu membawa penumpang dan barangan dagangan.--BERNAMA-XINHUA
TAG: Uganda, kemalangan jalan raya, lori, terbalik, maut, cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami