awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 dipercayai militan maut berbalas tembakan di Selatan Thailand

Bernama
Bernama
25/12/2021
14:17 MYT
2 dipercayai militan maut berbalas tembakan di Selatan Thailand
Kedua-dua lelaki itu mempunyai sekurang-kurang lima waran tangkap. - Gambar hiasan/ Astro AWANI
PATTANI: Dua lelaki dipercayai anggota militan ditemui maut dalam satu insiden berbalas tembakan di Pattani, Selatan Thailand dalam insiden yang bermula pada tengah hari Jumaat.
Penolong Ketua Polis (Siasatan) Thung Yang Daeng Kol. Naris Kaje berkata bertindak atas maklumat orang awam, pasukan keselamatan mengepong sebuah rumah di daerah Thung Yang Daeng di mana dua lelaki yang dipercayai anggota Barisan Revolusi Nasional (BRN) bersembunyi.
"Kami cuba berunding dengan kedua-dua lelaki itu agar menyerah diri tetapi mereka melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan.
"Insiden bebalas tembakan berlanjutan hampir dua jam iaitu dari 6 petang sehingga 8 malam.
"Apabila keadaan reda, pasukan keselamatan menemui dua mayat dalam rumah," katanya.
Beliau berkata kedua-dua lelaki itu mempunyai sekurang-kurang lima waran tangkap
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#selatan thailand
#militan
#mati ditembak
#Pattani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan