Skip to main content

Dunia

Akibat tingkah laku penyokong sendiri, Juventus dihukum denda

Antara aksi penyokong Juventus di dalam stadium semasa perlawanan Serie A antara Juventus dan Atalanta di Stadium Allianz, Turin, Itali, 20 Sept 2026. REUTERS
Antara aksi penyokong Juventus di dalam stadium semasa perlawanan Serie A antara Juventus dan Atalanta di Stadium Allianz, Turin, Itali, 20 Sept 2026. REUTERS
Advertisement

JUVENTUS dikenakan denda oleh Serie A pada Selasa selepas kelakuan penyokong mengganggu acara bertafakur (bertujuan memberi penghormatan) selama seminit bagi bekas pemain kebangsaan Itali, Sandro Mazzola.

Mazzola, yang meninggal dunia pada Sabtu (19 Sept) pada usia 83 tahun, mempunyai kerjaya yang cemerlang ketika beraksi untuk Inter Milan dan pasukan kebangsaan Itali. 

Semasa acara bertafakur itu dijalankan sebelum perlawanan di tempat sendiri antara Juventus dan Atalanta pada Ahad, kedengaran jeritan daripada sebahagian penyokong Juve dan ada antara mereka yang membelakangkan padang. 

Advertisement

Penonton lain pula bertindak balas dengan memberikan tepukan.

Liga Itali menyatakan bahawa denda sebanyak €10,000 ($11,000) - kira-kira RM46,646.90 - dikenakan ke atas tuan rumah selepas sebilangan kecil penyokong di bahagian tempat duduk 'South Stand' gagal menunjukkan rasa hormat yang sewajarnya.

Advertisement

 

 

Must Watch Video

Advertisement