awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 harimau Sumatera terlepas dari zoo, seekor ditembak mati

Agensi
Agensi
06/02/2021
15:18 MYT
2 harimau Sumatera terlepas dari zoo, seekor ditembak mati
Difahamkan kedua-dua ekor harimau betina berumur 18 bulan itu terlepas dari Zoo Sinka pada petang Jumaat. - Gambar hiasan
PONTIANAK:Seekor harimau Sumatera yang tergolong dalam spesies terancam ditembak mati selepas terlepas dari sebuah zoo di Kalimantan Barat, pada Sabtu.
Seekor lagi harimau spesies sama masih bebas dan belum ditemui.
Difahamkan kedua-dua ekor harimau betina berumur 18 bulan itu terlepas dari Zoo Sinka pada petang Jumaat.
Hujan lebat ketika itu mengakibatkan tanah runtuh dan mewujudkan satu ruang seakan terowong, yang memudahkan haiwan berkenaan terlepas.
Seorang penjaga zoo berumur 47 tahun turut ditemui mati dengan kesan cakaran dan gigitan pada badannya.
Turut ditemui adalah bangkai burung kasawari, burung unta dan monyet berhampiran kandang harimau itu.
Semua pusat pelancongan berdekatan telah diarahkan tutup dan orang ramai diminta tidak keluar rumah sementara pihak berkuasa sedang mengesan haiwan tersebut.
"Kami cuba tembak dengan senapang ubat pelali terlebih dahulu tetapi tidak berjaya, jadi kami terpaksa menembak harimau itu kerana ia sudah bertindak agresif," kata Sadtata Noor Adirahmanta, Ketua Agensi Pemuliharaan Tempatan.
Harimau Sumatera dianggap sangat terancam oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam, dengan kurang dari 400 ekor dipercayai masih hidup.
Topic Berkaitan
#harimau sumatera
#tembak
#tanah runtuh
#mati
#Zoo Sinka
#Kalimantan Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan