awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua sahabat didakwa rompak berkumpulan
Helmi Gimmick hidap kanser buah pinggang tahap 4, Jurey Latiff mohon doa
Tuna sirip biru catat harga rekod RM13 juta di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 maut dalam kebakaran hospital di Perancis

Bernama
Bernama
29/10/2023
05:42 MYT
2 maut dalam kebakaran hospital di Perancis
Dua pesakit maut dalam kebakaran sebuah hospital di tengah Perancis. - Gambar hiasan
PARIS: Seramai dua pesakit maut dalam kebakaran sebuah hospital di tengah Perancis, kata Menteri Kesihatan Aurelien Rousseau pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Seorang daripada mangsa berada dalam keadaan tenat sebelum kejadian itu manakala seorang lagi menerima rawatan di hospital itu selama beberapa hari, katanya yang melawat hospital terjejas di bandar Limoges.
Hospital itu dalam satu hantaran di Facebook berkata masih tidak jelas sama ada kematian salah seorang daripada dua mangsa itu berkaitan dengan kebakaran.
Kebakaran berlaku di bilik pesakit di hospital itu di Limoges pada Jumaat malam.
Kakitangan keselamatan dan bomba berjaya mengawal kebakaran dengan agak cepat.
Menurut laporan media, puluhan pesakit daripada wad yang terjejas kerana kebakaran itu telah dipindahkan ke bahagian lain hospital itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran hospital
#Perancis
#limoges
#kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan