awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
Lubnan dakwa Israel guna racun rumpai di selatan negara itu
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 maut, lebih 500 ditahan di Perancis semasa sambutan kemenangan PSG

Bernama
Bernama
01/06/2025
16:37 MYT
2 maut, lebih 500 ditahan di Perancis semasa sambutan kemenangan PSG
Semasa sambutan di seluruh negara, seramai 192 orang awam, 22 anggota penguat kuasa undang-undang dan tujuh anggota bomba turut cedera. - Foto REUTERS
ATHENS: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan lebih 500 ditahan di Perancis semasa sambutan kemenangan Paris Saint-Germain (PSG) selepas menewaskan Inter Milan 5-0 untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara UEFA malam tadi, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan pada Ahad.
Seorang lelaki berusia 23 tahun yang menunggang skuter maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika sambutan di Paris, menurut BFMTV yang memetik pejabat pendakwa raya Paris.
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun pula dilaporkan mati akibat ditikam dalam kejadian di bandar Dax di barat daya negara itu, menurut laporan sama.
Semasa sambutan di seluruh negara, seramai 192 orang awam, 22 anggota penguat kuasa undang-undang dan tujuh anggota bomba turut cedera, menurut stesen penyiaran itu.
Seramai 559 individu ditahan, termasuk 491 di Paris, tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PSG
#Paris Saint-Germain
#bola sepak
#Perancis
#UEFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan