awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

20 tahun gunting pembedahan tertinggal dalam perut

Sinar Harian
Sinar Harian
17/01/2022
23:28 MYT
20 tahun gunting pembedahan tertinggal dalam perut
Bachena terpaksa menjalani pembedahan kali kedua untuk membuang gunting dalam perut. -Foto Sinar Harian
DHAKA: Pakar bedah di Hospital Chuadanga Sadar di sini pada Isnin berjaya mengeluarkan sebilah gunting yang tertinggal hampir 20 tahun dalam perut seorang wanita selepas menjalani pembedahan membuang batu karang ketika itu.
Bachena Khatun, 55, berasal dari Alamdanga, Bangladesh sebelum itu pernah mengadu mengalami kesakitan perut yang teruk sejak pembedahan pertama di sebuah klinik tempatan pada tahun 2002.
Menurut keluarga Bachena, pembedahan membuang batu karang itu dilakukan oleh Doktor Waliur Naman Nayan di Klinik Raza di Gangni dalam daerah Meherpur.
Selepas seminggu pembedahan terbabit, Bachena mengalami kesakitan teruk di bahagian perut sebelum kembali ke klinik sama dan doktor memintanya supaya tidak perlu risau mengenai kesakitan itu.
Memandangkan kesakitan yang dialaminya berterusan, dia kemudian pergi menjalani pemeriksaan di klinik lain dan hasil imbasan sinar X mendapati terdapat sebilah gunting pembedahan dalam perutnya.
Atas nasihat doktor, wanita itu terpaksa melakukan pembedahan keduanya untuk membuang gunting tersebut yang tertinggal di dalam perutnya sejak dua dekad lalu.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Bachena Khatun
#gunting dalam perut
#Hospital Chuadanga Sadar
#pembedahan buang batu karang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan