Skip to main content

Dunia

20 terkorban banjir di Karachi

51598627034_BanjirKarachi.jpg
51598627034_BanjirKarachi.jpg
Advertisement
Lebih 20 orang disahkan terkorban dalam kejadian banjir susulan hujan yang melanda ibu kota Pakistan, Karachi.

Ketika ini operasi memindahkan mangsa ke kawasan lebih selamat sedang giat dijalankan.

Kejadian banjir itu turut mengakibatkan ramai mangsa yang terperangkap dan ada yang terpaksa bermalam di pejabat kerana terkandas.

Situasi itu turut menyebabkan berlakunya gangguan elektrik, sekali gus menambah penderitaan bagi penduduk di bandar berpopulasi 15 juta orang itu.

Setiap tahun, kebanyakan bandar di Pakistan dilanda banjir sehingga mengundang kritikan mengenai perancangan yang teruk.

Musim tengkujuh berlangsung dari bulan Julai hingga September.

Must Watch Video

Advertisement