NEW YORK: Koordinator Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Keamanan di Asia Barat Tor Wennesland berkata, 2023 yang akan melabuhkan tirainya sebagai satu daripada tahun yang menyaksikan paling banyak kematian dalam sejarah konflik Palestin-Israel.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada sesi Majlis Keselamatan PBB mengenai situasi di Asia Barat, termasuk persoalan Palestin.
Wennesland turut menyentuh mengenai situasi kemanusiaan yang semakin teruk di seluruh Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin WAFA.
"Penghantaran bantuan kemanusiaan di Semenanjung Gaza terus berdepan cabaran yang hampir tidak dapat diatasi," katanya.
Menurut beliau, jumlah penduduk dipaksa berpindah dan pertempuran sengit sukar dibayangkan, sistem tindak balas kemanusiaan berada di ambang kehancuran.
Beliau juga mengutuk pembunuhan orang awam di Gaza, termasuk wanita dan kanak-kanak selain menyatakan kesedihannya berhubung kematian penduduk, termasuk 131 kakitangan PBB yang terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza.
Wennesland pada masa sama menyuarakan "kebimbangan mendalam" berhubung ketegangan yang semakin meningkat di Tebing Barat yang diduduki, termasuk di Baitulmaqdis Timur.
Beliau turut bimbang terhadap serangan yang dilakukan oleh pendatang haram Israel terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat.
"Semua pelaku keganasan mesti bertanggungjawab dan segera dibawa ke muka pengadilan," katanya.
WAFA melaporkan Wennesland turut terkejut dengan pelbagai insiden pegawai yang mengagungkan keganasan dan menggalakkan pembunuhan orang awam.
Wennesland berkata, tindakan merampas tanah Palestin untuk dijadikan penempatan Israel di Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur, mengancam usaha mewujdukan negara Palestin yang merdeka.
Beliau mengulangi bahawa penempatan haram Israel merupakan pencabulan terang-terangan terhadap resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang antarabangsa serta menyeru rejim Israel untuk menghentikan aktiviti itu serta-merta.
Menurut beliau, PBB kekal komited untuk menyokong rakyat Palestin dan Israel dalam menamatkan pendudukan dan menyelesaikan konflik selaras dengan undang-undang antarabangsa, resolusi PBB yang berkaitan dan perjanjian dua hala dalam usaha mencapai penyelesaian dua negara.
Sekurang-kurangnya 19,660 orang dilaporkan terbunuh manakala lebih 52,500 lagi cedera dalam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sejak 7 Okt. - BERNAMA
Bernama
Wed Dec 20 2023
Tahun 2023 yang akan melabuhkan tirainya menyaksikan paling banyak kematian dalam sejarah konflik Palestin-Israel. - Gambar REUTERS
Malaysia lihat Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam rapatkan hubungan Asia Tengah dan Asia Tenggara
Malaysia menyifatkan Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam membina hubungan rapat antara Asia Tengah dan Asia Tenggara.
10 Berita Pilihan - (17 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kronologi serangan balai polis sejak 1980
Kronologi serangan terhadap balai polis di seluruh negara sejak 1980.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: JI masih ada saki baki di Asia Tenggara
Professor Datuk Muhammad Nur Manuty berkata, insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram menunjukkan bahawa kumpulan Jemaah Islamiyah masih mempunyai saki baki ahli di Asia Tenggara.
PM diberikan sambutan rasmi sempena lawatan ke Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan sambutan rasmi di Kediaman Presiden Kuksaroy pada Jumaat sempena lawatan tiga hari beliau ke Uzbekistan.
AWANI 7:45 [17/05/2024] - Dua anggota polis mati ditembak | Keluarga lebih efektif | Ekonomi global tidak menentu
Tujuh individu direman esok, tragedi serangan Balai Polis Ulu Tiram.
Pengganas JI masih aktif, rekrut ahli keluarga.
Ekonomi tumbuh 4.2 peratus suku pertama 2024.
Bersatu beri tempoh 14 hari, enam ahli berpaling tadah.
Pengganas JI masih aktif, rekrut ahli keluarga.
Ekonomi tumbuh 4.2 peratus suku pertama 2024.
Bersatu beri tempoh 14 hari, enam ahli berpaling tadah.
Lebih 7,000 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sebanyak 7,065 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara setakat April tahun ini.
Mokhzani letak jawatan pengerusi Maxis, Hamidah dilantik pengerusi sementara
Maxis Bhd hari ini mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun, 2024.
Jangan ganggu polis teliti siasatan - FAM
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak membuat kenyataan yang boleh menghangatkan lagi keadaan.
Jemaah haji diingatkan tidak terlibat aktiviti politik
Selain nasihat berwaspada dengan cuaca panas, bakal haji yang berada di tanah suci dingatkan hanya tumpukan kepada ibadah sahaja dan elak daripada terlibat dalam aktiviti yang berunsurkan politik
Ketua PBB sedih dengan kematian kakitangannya di Gaza
Setiausaha Agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh.
Tentera Israel arah penduduk Palestin berpindah dari Rafah
Arahan berpindah itu dikeluarkan menerusi risalah yang digugurkan dari udara.
Laporan Amerika dedahkan Israel salah guna bantuan senjata
Pentadbiran Joe Biden mendapati Israel menggunakan bantuan senjata dari AS tanpa mengikut lunas undang-undang antarabangsa.
Rundingan gencatan senjata disambung semula hari ini di Mesir
Rundingan berterusan dilakukan selepas Hamas menghantar maklum balas mengenai cadangan yang mungkin "boleh disifatkan sebagai positif."
Iran, Turki sambut baik tindakan Hamas terima cadangan gencatan senjata
Langkah Hamas penting dari segi "kecerdasan politik penentangan" dan Israel digesa lakukan perkara yang sama.
Hamas terima cadangan gencatan senjata di Gaza, Israel tidak setuju
Benjamin Netanyahu sifatkan perjanjian gencatan senjata itu tidak memenuhi tuntutan Israel.
Delegasi Hamas akan ke Mesir untuk rundingan gencatan senjata - Ismail Haniyeh
Delegasi Hamas akan ke Mesir bagi meneruskan perbincangan secara tidak langsung dengan Israel untuk gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.