JAKARTA: Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) Republik Indonesia menetapkan pengundi berdaftar akhir (DPT) pada Pilihan Raya 2024 berjumlah 204,807,222 pengundi.
Memetik CNN Indonesia, hal itu diputuskan dalam Sidang Pleno Terbuka merangkap daftar pemilih akhir (DPT) Pilihan Raya 2024 di Pejabat KPU Jakarta pada Ahad.
Pesuruhjaya KPU Betty Epsilon Idroos ketika membacakan keputusan DPT Pilihan Raya 2024 memaklumkan seramai 204,807,222 jumlah pengundi dicatatkan.
“Dengan jumlah lelaki dan perempuan 204,807,222. Tuan-tuan dan puan-puan, itu adalah kiraan akhir senarai pengundi terakhir oleh KPU pada Pilihan Raya 2024,” katanya.
Tambah beliau, jumlah keseluruhan DPT terdiri daripada 102,218,503 pengundi lelaki dan 102,588,719 pengundi wanita.
"Manakala jumlah tempat membuang undi (TPS) di dalam negeri sebanyak 820,161," kata Betty.
Beliau memaklumkan angka daftar pengundi akhir berdasarkan jumlah pendaftaran pemilih dalam dan luar negeri merangkumi di 514 kota dan 128 negara perwakilan.
Sementara itu, KPU turut menetapkan jumlah tempat membuang undi (TPS) sebanyak 823,220 untuk memfasilitasi pengundi di dalam dan luar negeri.
"Jumlah TPS di dalam negera sebanyak 820,161," kata Betty.
Sementara itu, Betty memaklumkan sebanyak 1,750,474 pengundi berada di luar negeri yang berada di 128 negara perwakilan.
Pilihan Raya 2024 akan berlangsung serentak pada 14 Februari 2024 akan datang. Pada hari tersebut, setiap individu akan diberikan lima kertas undi secara serentak di tempat pengundian.
Kelima-lima 'surat suara' itu meliputi pilihan calon presiden-wakil presiden, calon anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), calon anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) wilayah, calon anggota DPRD kota dan calon anggota DPD.
Agensi
Sun Jul 02 2023
Jumlah keseluruhan DPT terdiri daripada 102,218,503 pengundi lelaki dan 102,588,719 pengundi wanita. - BERNAMA
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.
Anwar mahu pemilihan PKR disegerakan, tidak perlu ditangguh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan supaya pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) disegerakan.
Pemilih Jepun keluar mengundi pada Ahad untuk pilihan raya awal
Terdapat lebih 45,000 pusat pengundian di seluruh negara untuk lebih 105 juta pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.
Formula perpaduan PH, BN perlu dipertahankan dalam PRU16 - Saifuddin
Formula perpaduan antara PH dengan BN pada PRK DUN Mahkota, Johor wajar dipertahankan dalam siri pilihan raya akan datang termasuk PRU16.
Presiden Sri Lanka bubar Parlimen, umum pilihan raya pada 14 Nov
Presiden Sri Lanka membubarkan Parlimen pada lewat Selasa dan mengumumkan pilihan raya umum bakal berlangsung pada 14 Nov.
Trump tolak cabaran Harris berdebat semula
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menegaskan beliau tidak akan mengambil bahagian dalam debat televisyen kedua menjelang pilihan raya presiden November ini.
Pas mahu tawan Pahang, beri fokus sokongan bukan Islam
Keputusan pucuk pimpinan memilih Pahang adalah isyarat serius Pas mahu mengiringi pentadbiran Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Masih terlalu awal buat kesimpulan BN bergerak solo - Mohamad Hasan
Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan Barisan Nasional (BN) dan UMNO boleh bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRU akan datang lebih sukar buat UMNO - Mohamad
Katanya, kumpulan tersebut mampu menewaskan pelbagai dasar kerajaan dengan hanya serangan yang dipaparkan di skrin media sosial mereka.
PH Selangor sedia bincang cadangan UMNO diberi kerusi di Kota Raja
Pakatan Harapan (PH) Selangor sedia berbincang dan mempertimbangkan cadangan UMNO untuk diberikan sekurang-kurangnya satu kerusi di Bahagian Kota Raja pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.