awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
Gudang terbakar, 76.8 tan limau mandarin musnah
Ketua panel Gaza sifatkan kehilangan nyawa "menyayat hati", gesa patuhi gencatan senjata
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

21 maut, puluhan hilang akibat tanah runtuh di Kenya

Bernama
Bernama
02/11/2025
03:20 MYT
21 maut, puluhan hilang akibat tanah runtuh di Kenya
Anggota pasukan Bulan Sabit Merah memberikan bantuan perubatan kepada mangsa yang terselamat daripada tanah runtuh di Marakwet East di Elgeyo Marakwet County dekat Rift Valley, Kenya, pada Sabtu. - Gambar Reuters
NAIROBI: Sekurang-kurangnya 21 orang maut manakala lebih 30 lagi dilaporkan hilang selepas kejadian tanah runtuh melanda Marakwet East di Elgeyo Marakwet County dekat Rift Valley, Kenya berikutan hujan lebat, lapor Anadolu Ajansi yang memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri, Kipchumba Murkomen lewat Sabtu.
Murkomen berkata, seramai 25 mangsa yang cedera parah telah diterbangkan ke Eldoret untuk menerima rawatan perubatan khas, manakala mereka yang cedera ringan dirawat berdekatan lokasi kejadian.
"Kami telah mengesahkan kehilangan 21 nyawa akibat tragedi ini, manakala lebih 30 orang masih belum ditemui seperti dilaporkan oleh keluarga mereka," katanya.
"Misi mencari dan menyelamat akan disambung semula esok dengan penyertaan pasukan tentera dan polis bersama agensi lain serta komuniti tempatan," tambahnya.
Beliau berkata, persiapan sedang dibuat untuk menghantar lebih banyak bantuan makanan dan bukan makanan kepada keluarga terjejas, dengan helikopter tentera dan polis disediakan bagi membantu urusan penghantaran.
Pihak berkuasa turut menggesa penduduk di zon berisiko tinggi supaya mematuhi arahan pemindahan sementara operasi mencari dan menyelamat diteruskan di Elgeyo Marakwet.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kenya
#tanah runtuh
#Elgeyo Marakwet County
#21 maut tanah runtuh
#Rift Valley Kenya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan