awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 100 terkorban dalam serangan kumpulan bersenjata di tengah Nigeria - Sumber
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

21 negara Arab, Islam kecam serangan udara Israel ke atas Iran

Bernama
Bernama
17/06/2025
00:15 MYT
21 negara Arab, Islam kecam serangan udara Israel ke atas Iran
Asap tebal kelihatan membumbung dari bangunan stesen televisyen milik kerajaan Iran selepas serangan udara oleh Israel di Tehran. - Foto AP
AMMAN: Sebanyak 21 negara Arab dan Islam mengeluarkan kenyataan bersama mengecam serangan udara Israel ke atas Iran, serta menyeru agar ketegangan serantau ditangani, pelucutan senjata nuklear dilaksanakan tanpa pilih kasih dan undang-undang antarabangsa dihormati, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ringkasan AI
  • 21 negara Arab dan Islam kecam serangan Israel ke atas Iran, menyifatkannya sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB.
  • Kenyataan bersama desak pelucutan senjata nuklear secara adil serta penyelesaian konflik secara aman demi kestabilan serantau.
  • Negara-negara tersebut gesa Israel hentikan serangan** dan beri amaran terhadap implikasi besar jika ketegangan terus meningkat.

Menurut agensi berita rasmi Mesir, MENA, kenyataan bersama itu dibuat hasil inisiatif Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty yang mengadakan rundingan bersama rakan sejawatnya dari rantau berkenaan.
Negara yang terlibat dalam inisiatif itu ialah Turkiye, Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Pakistan, Bahrain, Brunei, Chad, Gambia, Algeria, Comoros, Djibouti, Arab Saudi, Sudan, Somalia, Iraq, Oman, Qatar, Kuwait, Libya, Mesir dan Mauritania.
Para menteri luar mengecam tindakan Israel menyerang wilayah Iran sebagai satu pelanggaran terhadap undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Mereka menegaskan kepentingan mempertahankan kedaulatan negara, keutuhan wilayah serta prinsip kejiranan yang baik, di samping menggesa agar semua pertikaian diselesaikan secara aman.
Para menteri turut menyatakan kebimbangan mendalam terhadap konflik yang semakin memuncak, sambil memberi amaran tentang implikasi besar terhadap keselamatan dan kestabilan rantau itu.
Mereka menggesa agar Israel segera menghentikan segala bentuk serangan terhadap Iran dan menyeru usaha menyeluruh untuk meredakan ketegangan demi mencapai gencatan senjata.
Ketegangan meningkat sejak Jumaat lalu apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi di Iran, termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#serangan udara
#Israel
#Iran
#kecam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami