awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

21 orang maut, bot pelancong terbalik di Kerala, India

Agensi
Agensi
07/05/2023
22:00 MYT
21 orang maut, bot pelancong terbalik di Kerala, India
Sekurang-kurangnya 21 orang termasuk beberapa kanak-kanak maut apabila sebuah bot pelancong terbalik dan karam di Kerala, India pada Ahad. - Gambar media sosial
KERALA, INDIA: Sekurang-kurangnya 21 orang termasuk beberapa kanak-kanak maut apabila sebuah bot pelancong terbalik dan karam di Kerala, India pada Ahad, lapor media tempatan.
Insiden berkenaan berlaku di Thooval Theeram, berhampiran Tanur di daerah Malappuram selepas pukul 7 malam, kata Menteri Perikanan dan Pembangunan Pelabuhan India, V Abdul Rahman.
Menurut penduduk tempatan, bot itu berlepas dari pantai pada sekitar pukul 7 malam dan terbalik setelah bergerak sehingga 300 meter.
Mereka mendakwa, bot berkenaan terbalik dalam masa beberapa minit saja sehingga menyebabkan ramai penumpang khususnya yang berada di dek bawah lemas.
Beberapa penumpang yang terselamat dalam insiden itu pula mendakwa, bot berkenaan yang mempunyai kapasiti 22 orang telah mengangkut lebih daripada 40 penumpang selain tidak menyediakan jaket keselamatan.
Difahamkan, bot pelancong itu juga beroperasi tanpa lesen.
Jumlah keseluruhan penumpang itu, bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dan pegawai pasukan penyelamat bimbang masih ada beberapa orang yang masih hilang.
Kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa terus berjalan selepas tengah malam.
Serentak itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi mengumumkan pemberian bantuan kewangan sebanyak Rs200,000 (RM10,870) kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia.
Pained by the loss of lives due to the boat mishap in Malappuram, Kerala. Condolences to the bereaved families. An ex-gratia of Rs. 2 lakh from PMNRF would be provided to the next of kin of each deceased: PM @narendramodi
— PMO India (@PMOIndia) May 7, 2023
Beliau yang terkesan dengan insiden yang meragut banyak nyawa itu turut mengucapkan takziah kepada keluarga yang berduka.
Dalam perkembangan sama, Presiden India, Droupadi Murmu berkata, kemalangan yang berlaku itu sangat mengejutkan.
"Kehilangan nyawa yang tragik dalam kemalangan bot di Malappuram, Kerala sangat mengejutkan dan menyedihkan. Takziah kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang. Saya mendoakan keselamatan orang yang selamat," katanya dalam kenyataan yang dikongsi di akaun Twitter.
Topic Berkaitan
#bot pelancong terbalik
#21 maut
#Kerala India
#Perdana Menteri India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan