awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

22 maut bangunan sekolah runtuh ketika murid sedang belajar

Bernama
Bernama
13/07/2024
03:45 MYT
22 maut bangunan sekolah runtuh ketika murid sedang belajar
Kejadian berlaku di Sekolah Menengah Saint Academy semasa sesi pembelajaran, dengan anggaran 200 pelajar terperangkap. - Gambar/ Reuters
LAGOS: Sekurang-kurangnya 22 orang maut selepas sebuah bangunan sekolah runtuh ketika sesi pembelajaran di tengah Nigeria, menurut pihak berkuasa tempatan pada Jumaat.

Ringkasan AI
  • Sekurang-kurangnya 22 orang maut dan sekitar 130 orang cedera akibat runtuhan bangunan sekolah di Jos, Nigeria.
  • Kejadian berlaku di Sekolah Menengah Saint Academy semasa sesi pembelajaran, dengan anggaran 200 pelajar terperangkap.
  • Bangunan dua tingkat itu runtuh selepas hujan lebat, dan siasatan sedang dijalankan mengenai punca kejadian, termasuk isu struktur bangunan lemah dan bahan berkualiti rendah.

Sekitar 130 orang kini dirawat di hospital berdekatan, dengan kebanyakan mangsa terdiri daripada pelajar dan kakitangan sekolah, lapor agensi berita Jerman dpa.
Kejadian berlaku di Sekolah Menengah Saint Academy di bandar Jos, menurut pegawai maklumat dan komunikasi negeri Plateau, Musa Ibrahim Ashoms.
Jumlah kematian dijangka meningkat dengan anggaran 200 pelajar dipercayai terperangkap di bahagian bangunan runtuh itu.
Bangunan dua tingkat itu runtuh selepas hujan lebat melanda kawasan itu. Siasatan mengenai punca kejadian telah dijalankan.
Sebelum ini, Nigeria menyaksikan beberapa insiden yang sama hingga mengorbankan nyawa disebabkan struktur bangunan lemah, penggunaan bahan yang tidak berkualiti dan rasuah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nigeria
#sekolah runtuh
#angka kematian
#pelajar maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan