awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Lee, Anwar bincang perjanjian perdagangan bebas, perluas kerjasama Malaysia-Korea Selatan
MALAYSIA
Pesawat TUDM tergelincir, landasan utama KIA ditutup sementara
MALAYSIA
Pendapatan CAAM meningkat, kenaikan caj navigasi udara bawa manfaat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

22 terbunuh dalam serangan berani mati di gereja Damsyik

Astro Awani
Astro Awani
23/06/2025
02:40 MYT
22 terbunuh dalam serangan berani mati di gereja Damsyik
Menurut saksi, suasana panik tercetus apabila letupan berlaku, dengan hadirin termasuk kanak-kanak dan warga emas cuba menyelamatkan diri. - Foto REUTERS
DAMSYIK: Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan lebih 60 lagi cedera dalam satu serangan berani mati di sebuah gereja Ortodoks di kawasan Dwelaa, Damsyik, pada Ahad, menurut kenyataan rasmi Kementerian Dalam Negeri Syria.

Ringkasan AI
  • Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan lebih 60 cedera dalam serangan berani mati di Gereja Saint Elias, Damsyik, yang dilakukan oleh kumpulan Daesh ketika upacara keagamaan berlangsung.
  • Letupan menyebabkan kerosakan teruk dalam gereja dan suasana panik dalam kalangan hadirin, menjadikan ini serangan gereja pertama sejak kejatuhan rejim Bashar al-Assad.
  • Serangan itu dikecam oleh masyarakat antarabangsa, sementara pihak gereja dan pemerintah Syria menyeru langkah segera bagi menjamin keselamatan rumah ibadat dan orang awam.

Penyerang yang dikenal pasti sebagai anggota kumpulan Daesh (IS) dilaporkan memasuki Gereja Saint Elias ketika upacara keagamaan sedang berlangsung, melepaskan tembakan ke arah jemaah sebelum meletupkan tali pinggang bahan letupan yang dipakainya.
Rakaman dari lokasi kejadian menunjukkan kerosakan teruk di dalam gereja, termasuk bangku kayu yang hancur, ikon keagamaan yang jatuh, dan lantai yang berlumuran darah.
Menurut saksi, suasana panik tercetus apabila letupan berlaku, dengan hadirin termasuk kanak-kanak dan warga emas cuba menyelamatkan diri.
Ini merupakan serangan pertama seumpamanya ke atas gereja di ibu negara Syria sejak perang saudara bermula pada 2011, dan yang pertama sejak kejatuhan rejim Bashar al-Assad pada Disember lalu.
Pihak berkuasa Syria menyatakan bahawa dua individu terlibat dalam serangan itu, namun hanya seorang yang berjaya meletupkan diri.
Usaha menyelamat dan pencarian mangsa diteruskan selama beberapa jam selepas kejadian.
Komuniti antarabangsa termasuk Turkiye, Perancis dan Amerika Syarikat mengutuk serangan tersebut, manakala Patriarkat Ortodoks di Damascus menggesa pihak berkuasa untuk menjamin keselamatan rumah ibadat dan semua rakyat Syria.
Topic Berkaitan
#gereja Ortodoks
#serangan berani mati
#Daesh
#Gereja Saint Elias
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami