Skip to main content

Dunia

23 anggota keselamatan terbunuh dalam serangan Boko Haram di Chad

Soldiers from the Chadian Rapid Intervention Force contingent sit during the closing ceremony of the U.S.-sponsored Flintlock exercises at the site of the new French-backed international counter-terrorism academy in Jacqueville, Ivory Coast, April 30, 2026. REUTERS/Luc Gnago
Tentera Afrika Tengah dalam satu kenyataan memaklumkan serangan itu berjaya dipatahkan dalam kejadian yang berlaku pada malam Isnin di wilayah Tasik Chad. - Foto/ Reuters

BARKATOLOROM: Sekurang-kurangnya 23 anggota keselamatan terbunuh manakala 26 lagi cedera dalam serangan kumpulan Boko Haram ke atas sebuah pangkalan tentera di Chad.

Tentera Afrika Tengah dalam satu kenyataan memaklumkan serangan itu berjaya dipatahkan dalam kejadian yang berlaku pada malam Isnin di wilayah Tasik Chad dan operasi bagi membersihkan kawasan berkenaan sedang dijalankan.

Televisyen nasional Chad, Télé Chad, melaporkan sekitar jam 10 malam pada Isnin, kumpulan Boko Haram telah menyerang kedudukan pasukan pertahanan dan keselamatan negara di Pulau Barkatolorom.

Boko Haram, yang mula melancarkan pemberontakan sejak 2009 di timur laut Nigeria, dilaporkan memperluaskan pengaruh mereka ke barat Chad, dengan meningkatkan serangan ke atas kemudahan ketenteraan.

Sementara itu, Presiden Chad, Mahamat Idriss Deby mengutuk keras serangan berkenaan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi beliau.

Must Watch Video