awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

23 warga Australia dalam kapal penghantar bantuan kecemasan ke Tonga positif COVID-19

Agensi
Agensi
25/01/2022
10:28 MYT
23 warga Australia dalam kapal penghantar bantuan kecemasan ke Tonga positif COVID-19
Tonga sangat berwaspada dalam menerima bantuan antarabangsa kerana khuatir berlaku bencana kesihatan yang lebih teruk. - AP
WELLINGTON: Hampir dua dozen petugas pelayaran yang menaiki kapal tentera Australia bagi penghantaran bantuan kecemasan ke Tonga, disahkan positif COVID-19.
Agensi berita AP pada Selasa melaporkan, situasi 23 petugas yang positif itu mencetuskan ketakutan dan risiko jangkitan koronavirus ke Tonga - negara Pasifik yang setakat ini memiliki rekod bebas dari penularan COVID-19.
Menteri Pertahanan Australia, Peter Dutton berkata, kerajaannya kini bekerja rapat dengan pihak berkuasa Tonga bagi memastikan kapal tentera itu kekal di perairan jauh supaya tidak membawa ancaman kepada rakyat Tonga yang berpopulasi 105,000 orang itu.
Pihak berkuasa Tonga, sejak dilanda bencana letusan gunung berapi dasar laut 10 hari lalu, sangat berwaspada dalam menerima bantuan antarabangsa kerana khuatir berlaku ‘bencana kesihatan’ yang lebih teruk.
Dalam tragedi letusan itu, tsunami terbentuk hingga memusnahkan banyak kediaman, sementara debu gunug berapi telah mencemarkan bekalan air minuman.
Sejak pandemik bermula, Tonga hanya melaporkan satu kes COVID-19 dan telah ditangani sekali gus berjaya menghindari bahaya penularan. Ia merupakan salah satu daripada beberapa negara di dunia yang bebas virus itu. Menurut statistik Our World in Data, kira-kira 61 peratus rakyat Tonga sudah lengkap divaksin.
Topic Berkaitan
#kapal australia
#bantuan kecemasan
#positif COVID-19
#Tonga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan