awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
PM Anwar terima kunjungan perpisahan Duta Besar Jerman, tekankan komitmen perkukuh kerjasama
SUKAN
FAM enggan ulas dakwaan campur tangan pihak luar dalam pasukan kebangsaan
MALAYSIA
Lima tahanan mengaku salah lari dari lokap
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

239 kanak-kanak maut di barat Sudan sejak Januari

Bernama
Bernama
30/06/2025
03:15 MYT
239 kanak-kanak maut di barat Sudan sejak Januari
Rayuan segera turut dibuat untuk menyelamatkan baki penduduk awam di El Fasher yang berada dalam keadaan terkepung dan dihujani serangan hampir setiap hari. - Foto REUTERS
KHARTOUM: Sekurang-kurangnya 239 kanak-kanak dilaporkan maut di wilayah barat Sudan sejak Januari lalu akibat kekurangan makanan dan ubat-ubatan, menurut Rangkaian Doktor Sudan pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Pertubuhan perubatan awam itu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pasukannya mendokumentasikan kematian kanak-kanak akibat kekurangan zat makanan serta ketiadaan bekalan makanan dan ubat yang kritikal di bandar El Fasher, ibu negeri wilayah Darfur Utara, sepanjang tempoh Januari hingga Jun.
Kenyataan itu turut memberi amaran mengenai krisis kebuluran yang semakin meruncing serta serangan berterusan ke atas gudang bekalan makanan kanak-kanak di El Fasher yang masih dikepung oleh kumpulan separa tentera Rapid Support Forces (RSF).
"Rangkaian ini amat kesal terhadap sikap komuniti antarabangsa yang mengabaikan nasib kanak-kanak di Darfur, yang telah hidup dalam kepungan selama lebih setahun," menurut kenyataan itu.
Ia turut menjelaskan bahawa El Fasher dan kem-kem pelarian di sekitarnya kini berdepan kekurangan makanan dan ubat-ubatan yang hampir menyeluruh, selain harga barangan asas yang melambung tinggi dan di luar kemampuan penduduk.
Rayuan segera turut dibuat untuk menyelamatkan baki penduduk awam di El Fasher yang berada dalam keadaan terkepung dan dihujani serangan hampir setiap hari.
Rangkaian itu menyeru badan serantau dan antarabangsa agar menekan RSF supaya menerima dan melaksanakan cadangan gencatan senjata oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Tindakan segera amat diperlukan untuk membuka laluan bantuan kemanusiaan, membenarkan penghantaran bantuan kecemasan dan bekalan perubatan serta menamatkan kepungan yang membelenggu El Fasher selama lebih setahun," menurut kenyataan itu lagi.
Pertempuran antara tentera Sudan dan RSF menjejaskan El Fasher sejak 10 Mei, meskipun pelbagai amaran antarabangsa dikeluarkan mengenai bahaya konflik di bandar itu, yang menjadi pusat utama operasi bantuan kemanusiaan bagi lima negeri di wilayah Darfur.
Pengerusi Majlis Berdaulat Sudan, Jeneral Abdel Fattah al-Burhan pada Jumaat telah meluluskan gencatan senjata kemanusiaan selama tujuh hari di El Fasher.
Keputusan itu dibuat susulan panggilan telefon daripada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, menurut kenyataan daripada Majlis itu.
Guterres meminta agar satu gencatan senjata selama seminggu dilaksanakan di El Fasher bagi membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan kepada penduduk yang memerlukan.
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyatakan secara khusus bila gencatan senjata akan bermula.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#maut
#kekurangan makanan
#Rangkaian Doktor Sudan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami