awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lereng bukit setinggi 20 kaki runtuh di Taman Bukit Teratai Ampang
PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
DAP kekal prinsip penyandang asas pembahagian kerusi pilihan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2,600 pesawat Boeing 737 hadapi pemeriksaan FAA berhubung isu topeng oksigen

Bernama
Bernama
09/07/2024
08:06 MYT
2,600 pesawat Boeing 737 hadapi pemeriksaan FAA berhubung isu topeng oksigen
Menurut FAA, arahan pemeriksaan itu dibuat selepas beberapa laporan daripada penumpang yang menyatakan unit topeng oksigen telah beralih daripada kedudukan kerana "kegagalan pengekalan". - Reuters
WASHINGTON: Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) pada Isnin mengarahkan pemeriksaan topeng oksigen penumpang pada kira-kira 2,600 pesawat Boeing kerana masalah dengan bahan pelekat yang boleh menyebabkan topeng itu beralih daripada kedudukan asal, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Kerosakan ini boleh menyebabkan ketidakupayaan untuk menyediakan oksigen tambahan kepada penumpang semasa insiden penyahtekanan," kata FAA.
Menurut FAA, arahan pemeriksaan itu dibuat selepas beberapa laporan daripada penumpang yang menyatakan unit topeng oksigen telah beralih daripada kedudukan kerana "kegagalan pengekalan".
Isu itu menjejaskan kedua-dua versi lama dan lebih baharu pesawat Boeing 737. FAA pada masa ini tidak dapat menganggarkan bilangan pesawat yang terjejas oleh kecacatan berkenaan dan memerlukan pembaikan semula.
Sementara itu, FAA berkata arahan kelayakan terbang mereka berkuat kuasa serta-merta dan memerlukan pemeriksaan serta tindakan pembetulan, jika perlu dalam tempoh 120 hingga 150 hari bergantung kepada model 737, lapor Xinhua.
Menurut FAA, syarikat penerbangan mesti memeriksa dan jika perlu, mengganti atau membaiki penjana oksigen dan pad terma.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat Boeing
#boeing 737
#isu keselamatan
#topeng oksigen
#FAA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan