awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

28 individu ditahan berhubung kebakaran di pusat peranginan ski - Erdogan

Bernama
Bernama
29/01/2025
12:43 MYT
28 individu ditahan berhubung kebakaran di pusat peranginan ski - Erdogan
Erdogan berkata pihak pengurusan pusat peranginan itu tidak mengambil kira risiko kebakaran. - Reuters
ANKARA: Seramai 28 individu ditahan berhubung kebakaran di pusat peranginan ski di Turkiye yang mengorbankan 78 orang, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Rabu.
Erdogan berkata pihak pengurusan pusat peranginan itu tidak mengambil kira risiko kebakaran, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Kami telah dan sedang melakukan segala yang perlu untuk membuatkan rakyat kami berasa bahawa mereka tidak bersendirian dalam hari-hari yang sukar ini. Kami telah memastikan siasatan kehakiman yang diperlukan dimulakan bagi menyiasat sepenuhnya tragedi ini dan membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Lapan ketua pemeriksa sedang menjalankan siasatan menyeluruh.
"Dalam fasa pertama, sembilan orang telah ditahan. Apabila keterangan diambil, siasatan diperluaskan. Jumlah yang ditahan meningkat kepada 28 orang. Daripada jumlah itu, 19 individu termasuk pemilik hotel dan pengurus kes telah ditahan. Keputusan kawalan kehakiman telah diambil terhadap tujuh individu," kata Erdogan dalam ucapannya di parlimen.
Menurut siasatan, pihak pengurusan hotel gagal mengambil kira risiko kebakaran dan tidak membuat persiapan awal untuk menghadapinya, tambah Erdogan.
Pada malam 21 Jan, kebakaran memusnahkan bangunan Grand Kartal Hotel di pusat peranginan ski Kartalkaya, wilayah Bolu yang mengakibatkan 78 kematian.
Sebagai sebahagian daripada siasatan, beberapa pegawai wilayah telah ditahan, termasuk pemilik hotel yang meletakkan semua tanggungjawab atas tragedi itu kepada kakitangan, menyalahkan cef, juruelektrik dan pengawal keselamatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Reccep Tayyip Erdogan
#individu ditahan
#kebakaran
#Grand Kartal Hotel
#resort ski
#Turkiye
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan