awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

28 raifal dilaporkan hilang dari depoh senjata di Narathiwat

Bernama
Bernama
25/05/2021
14:05 MYT
28 raifal dilaporkan hilang dari depoh senjata di Narathiwat
Sebuah jawatankuasa khas yang mejalankan pemeriksaan mendapati senjata itu sudah hilang sejak beberapa tahun lalu.
NARATHIWAT: Sebanyak 28 raifal jenis AK-102 dilaporkan hilang dari depoh senjata di wilayah Narathiwat, selatan Thailand.
Ketua Polis Daerah Mueang, Supakorn Phuengros sudah melaporkan mengenai kehilangan senjata di kem pertahanan di Mueang, Pattani itu kepada Ketua Polis Negara Suwat Jangyosuk dan pegawai atasan yang lain.
Dalam satu surat rasmi, beliau berkata senjata itu didapati hilang pada 18 Mei.
Sementara itu pada sidang media di Kem Sirindhorn, Pattani hari ini wakil jurucakap Keselamatan Dalam Negeri tentera Thailand Kolonel Watcharakorn Onngern berkata sebuah jawatankuasa khas yang mejalankan pemeriksaan mendapati senjata itu sudah hilang sejak beberapa tahun lalu.
Panglima Keempat Tentera Darat Leftenan Jeneral Kriangkrai Sirak pula berkata polis telah membuka kertas siasatan dan pihak berkuasa yang relevan sedang mengumpulkan bukti.
Sejak 2004 tentera telah terbabit dalam konflik di selatan Thailand yang setakat ini sudah meragut lebih 7,000 nyawa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#polis
#hilang
#tentera darat
#Leftenan Jeneral
#siasatan
#tentera
#keselamatan
#raifal hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan