awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 maut, 4 hilang selepas bot laju terbalik di Kalimantan Utara

Bernama
Bernama
10/02/2025
22:00 MYT
3 maut, 4 hilang selepas bot laju terbalik di Kalimantan Utara
Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dengan semua sumber yang ada dikerahkan bagi mengesan serta menyelamatkan penumpang yang hilang. - Gambar ihsan Polis Kalimantan Utara
JAKARTA: Sebuah bot laju yang membawa 30 penumpang terbalik di Bulungan, Kalimantan Utara pada Isnin, mengorbankan tiga orang dan menyebabkan empat yang lain hilang, kata pihak berkuasa tempatan.
Kejadian berlaku di Sungai Temangga kira-kira 1.30 tengah hari waktu tempatan selepas bot itu dilaporkan melanggar kayu hanyut besar sebelum tenggelam.
Ketua Polis Kalimantan Utara, Inspektor Jeneral Hary Sudwijanto berkata, operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dengan semua sumber yang ada dikerahkan bagi mengesan serta menyelamatkan penumpang yang hilang.
"Kami memaksimumkan usaha pencarian di sepanjang Sungai Kayan. Pasukan gabungan telah dihantar ke beberapa lokasi strategik untuk mempercepatkan proses ini. Keutamaan kami adalah menyelamatkan mangsa yang masih hilang," katanya dalam kenyataan.
Menurut Pejabat Mencari dan Menyelamat Tarakan, bot laju itu berlepas dari Pulau Tias di Tanjung Palas Tengah menuju ke Tanjung Selor selepas penumpang menghadiri majlis perkahwinan.
Mangsa yang terselamat, termasuk mereka yang memerlukan rawatan perubatan, telah dibawa ke hospital di Tanjung Selor selepas diselamatkan oleh sebuah bot laju berhampiran serta pasukan penyelamat, kata Ketua Operasi agensi itu, Didik Hariana. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#bot terbalik
#Bulungan Kalimantan Utara
#Sungai Temangga
#operasi mencari dan menyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan