awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis buru tiga lelaki larikan peti besi 100 kilogram
Reformasi MADANI perlu lebih daripada pendekatan rutin, kata PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 maut apabila Taufan Ditwah bawa hujan lebat di Tamil Nadu, India

Bernama
Bernama
30/11/2025
21:50 MYT
3 maut apabila Taufan Ditwah bawa hujan lebat di Tamil Nadu, India
Keadaan di laut susulan Taufan Ditwah di Chennai, India, 30 Nov 2025. REUTERS
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan hampir 150 ekor ternakan mati dalam kejadian berkaitan hujan yang dicetuskan oleh taufan Ditwah di negeri Tamil Nadu, selatan India, menurut pegawai pada Ahad, lapor Xinhua.
Hujan lebat itu turut merosakkan lebih 200 rumah dan pondok, serta menenggelamkan 56,000 hektar tanah pertanian di negeri tersebut.
Sebanyak 38 pusat pemindahan telah ditubuhkan di daerah yang dijangka menerima hujan lebat, dan sehingga pagi Ahad, seramai 2,393 orang telah diberikan perlindungan di pusat berkenaan, menurut pegawai tempatan.
Sementara itu, 28 Pasukan Tindak Balas Bencana Negeri dan Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan telah dikerahkan, manakala 10 pasukan tambahan turut diminta.
Penyiar kerajaan, All India Radio, pada Ahad petang melaporkan bahawa taufan Ditwah, yang kini berada 80 kilometer dari pantai Tamil Nadu-Puducherry, akan melemah menjadi lekukan dalam tempoh tiga jam berikutnya di barat daya Teluk Benggala dan kawasan berhampiran pantai utara Tamil Nadu-Puducherry.
Taufan Ditwah membadai Sri Lanka pada Jumaat, menyaksikan hujan lebat mencetuskan tanah runtuh dan banjir. Angka korban meningkat kepada 212, manakala 218 lagi dilaporkan hilang di negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Taufan Ditwah
#India
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan