PETALING JAYA:Lebih 30 individu termasuk tujuh wanita warga Vietnam yang juga pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam satu operasi, ke atas sebuah pusat karaoke di Persiaran Mahogani, Petaling Jaya, lewat malam tadi.

Selain itu 23 pelanggan dan enam pekerja di premis berkenaan termasuk tiga lelaki warga Myanmar ditahan dalam operasi berkenaan.

Operasi yang bermula jam 11 malam itu digerakkan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Daerah Petaling Jaya, DSP Syed Mohd Azam Syed Ibrahim.

Sebelum serbuan dilakukan, polis menahan dua lelaki yang menjadi pengawal keselamatan di pusat itu.

Mereka dipercayai diupah menjaga premis karaoke berkeaan dan memantau pergerakan polis.

Kesemua tahanan dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk ujian saringan air kencing.

Tindakan mengenakan kompaun dilakukan di bawah Peraturan 12, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Selain Seksyen 39B Peraturan Imigresen dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen.