awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
Gencatan senjata Gaza: Realiti lapangan tidak seiring pelan, curiga keadaan tambah baik – Presiden MAPIM
Ranking Zii Jia terus merudum
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

30 terbunuh dalam serangan udara Israel di sebuah sekolah

Astro Awani
Astro Awani
28/07/2024
00:30 MYT
30 terbunuh dalam serangan udara Israel di sebuah sekolah
Orang ramai dilihat kembali ke lokasi pengeboman untuk memeriksa barang-barang mereka. - Foto REUTERS
GAZA: Sekurang-kurangnya 30 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas sebuah sekolah yang menempatkan pelarian Gaza pada Sabtu.
Menurut pegawai kesihatan Palestin, Israel masih berdalih dengan alasan sama, dengan menyatakan serangan itu menyasarkan pejuang Hamas yang didakwa menggunakan sekolah tersebut sebagai tempat operasi mereka.
Pejabat media kerajaan Gaza berkata, 15 kanak-kanak dan lapan wanita adalah antara yang terbunuh dalam serangan di bandar tengah Deir Al-Balah manakala lebih 100 orang cedera.
Tentera Israel mendakwa, tujuan langkah itu diambil adalah kononnya untuk mengurangkan risiko kepada orang awam.
Berdasarkan rakaman Reuters, orang ramai dilihat kembali ke lokasi pengeboman untuk memeriksa barang-barang mereka.
Rakaman sama turut menunjukkan dinding diletupkan dan serpihan bertaburan di halaman sekolah.
Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, lebih 39,000 rakyat Palestin telah terbunuh dalam serangan Israel di Gaza termasuk pejuang Hamas dan orang awam.
Israel pula mendakwa, kira kira-kira 1,200 warganya terbunuh dan 250 telah dijadikan tebusan sejak konflik bermula pada 7 Oktober.
Topic Berkaitan
#Israel
#serangan
#sekolah
#Deir Al-Balah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan