awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3,000 kanak-kanak di Turki hidap leukemia setiap tahun

Bernama
Bernama
16/02/2022
04:02 MYT
3,000 kanak-kanak di Turki hidap leukemia setiap tahun
Leukemia adalah sejenis kanser paling banyak dikesan dalam kalangan kanak-kanak. - Gambar hiasan
KAYSERI: Lebih 3,000 kanak-kanak di Turki disahkan menghidap kanser setiap tahun.
Leukemia atau kanser darah didapati menjejaskan kanak-kanak seawal usia setahun, serta turut dikesan pada bayi baharu lahir, lapor agensi Anadolu.
Menurut pakar, penyakit itu banyak dikesan dalam kalangan individu berumur 20 tahun ke bawah dan warga emas berusia lebih 60 tahun.
Memetik kenyataan bertulis Yayasan untuk Kanak-kanak Leukemia (LOSEV) sempena Hari Kanser Kanak-Kanak Antarabangsa, kanser kerap berlaku pada usia lima tahun.
"Leukemia adalah sejenis kanser paling banyak dikesan dalam kalangan kanak-kanak. Leukemia turut ditemukan dalam kalangan bayi di bawah satu tahun dan baharu lahir," menurut kenyataan itu.
Kejayaan terhadap rawatan kanser dipengaruhi oleh pengesanan awal simptom serta kesedaran ibu bapa turut memainkan peranan penting untuk menyelamatkan nyawa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#Turki
#leukemia
#kanser darah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan