Skip to main content

Dunia

34 pekerja maut dalam letupan gas metana di lombong arang batu Pakistan

QUETTA, Pakistan (AP) — A methane gas explosion at a coal mine in southwestern Pakistan killed 34 miners, authorities said on Friday, despite an overnight rescue attempt.
Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Wilayah (PDMA) berkata pasukan penyelamat setakat ini telah mengeluarkan 32 mayat, manakala usaha diteruskan bagi membawa keluar baki mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan. -Foto AP
Advertisement

QUETTA: Sekurang-kurangnya 34 pekerja maut selepas letupan gas metana mengakibatkan runtuhan di sebuah kompleks lombong arang batu di wilayah Balochistan, barat daya Pakistan.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Wilayah (PDMA) berkata pasukan penyelamat setakat ini telah mengeluarkan 32 mayat, manakala usaha diteruskan bagi membawa keluar baki mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan.

Menurut pegawai perlombongan wilayah, letupan kuat yang dipercayai berpunca daripada pengumpulan gas metana itu merosakkan dua lombong yang terletak bersebelahan di kawasan Sorange berhampiran Quetta pada Khamis.

Ketua Pemeriksa Lombong Balochistan, Muhammad Atif, berkata operasi menyelamat dijalankan pada kedalaman kira-kira 1,219 meter dalam keadaan mencabar berikutan runtuhan dan risiko pengurangan oksigen akibat letupan tersebut.

Seorang pegawai kanan perlombongan, Abdul Ghani Baloch, berkata letupan gas metana lazimnya menyebabkan paras oksigen menjunam dengan cepat, sekali gus menyukarkan usaha menyelamat dan mengurangkan peluang mangsa untuk terus hidup.

Menteri Perlombongan dan Mineral Balochistan, Shoaib Nosherwani, menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mengumumkan bantuan pampasan sebanyak 500,000 rupee Pakistan (kira-kira RM8,000) kepada waris setiap pekerja yang terkorban.

Beliau turut memaklumkan siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta menilai semula langkah keselamatan di lombong arang batu seluruh wilayah berkenaan.

Kemalangan maut sering berlaku dalam industri perlombongan arang batu Pakistan, khususnya di Balochistan, yang dikaitkan dengan kekurangan sistem pengudaraan, pemantauan gas dan langkah keselamatan yang mencukupi.

 

 

Must Watch Video

Advertisement