RIO DE JANEIRO: 35 buah bas di brazil dibakar sekumpulan penjenayah sebagai tanda protes pembunuhan ketua kumpulan mereka oleh polis dalam satu operasi.
Serangan tersebut tertumpu di barat bandar Rio de Janeiro, di mana beberapa kumpulan penjenayah bersaing untuk mengawal kawasan masing masing.
Menurut pihak berkuasa, kumpulan berkenaan, yang dinamakan Militia Rio, terdiri daripada bekas pegawai polis menyebabkan ia merupakan ancaman keselamatan terbesar di rantau itu ketika ini.
Pada asalnya kumpulan itu ditubuhkan sebagai pasukan untuk mempertahan kawasan kejiranan miskin yang terjejas disebabkan kumpulan dadah.
Kini matlamat kumpulan itu telah berubah, seterusnya menjadi kumpulan yang beroperasi dalam pelbagai jenis jenayah.
Menurut laporan terkini yang dikeluarkan, 20 daripada bas yang dibakar merupakan bas bandar, lima daripadanya merupakan bas transit antara bandar itu dan selebihnya merupakan bas persendirian untuk sewaan dan pelancongan.
Astro Awani
Tue Oct 24 2023
Antara bas yang dibakar kumpulan penjenayah di Rio de Janeiro. - Foto REUTERS
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
35 bas dibakar kumpulan penjenayah
Tindakan itu sebagai tanda protes pembunuhan ketua kumpulan mereka oleh polis dalam satu operasi.