MAKKAH: Sebanyak 35 peratus daripada kira-kira 8,500 jemaah haji yang mengikuti pakej oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH) memilih Pakej Rahmah Haji yang menawarkan harga di bawah RM50,000.
Pengarah Operasi PJH Mohd Zawawi Bostam berkata jurang harga yang tidak ketara antara Pakej Rahmah Haji dan bayaran haji jemaah muassasah menjadi antara faktor mereka memilih pakej berkenaan.
Beliau berkata ini juga membawa kepada pertambahan jumlah jemaah haji PJH pada musim haji kali ini, iaitu meningkat 20 peratus berbanding tahun-tahun sebelumnya.
"Ini menunjukkan Pakej Rahmah Haji memberi impak dari segi jumlah yang memilih pakej haji," katanya kepada pemberita di sini.
Menurutnya jemaah haji yang memilih pakej itu ditawarkan kemudahan seperti hotel bertaraf tiga bintang ke atas dan jarak penginapan lebih dekat dengan masjid.
Selain itu, beliau berkata kira-kira dua peratus jemaah haji PJH memilih pakej berharga RM100,000 hingga RM250,000.
Katanya bagi tahun ini, 22 syarikat pelancongan diberikan lesen oleh TH untuk beroperasi sebagai PJH yang keseluruhannya menawarkan 250 pakej haji.
Dalam pada itu, Mohd Zawawi berkata Pejabat Operasi PJH akan melakukan pemantauan ke atas kesemua syarikat pelancongan terbabit bagi memastikan mereka menyediakan kemudahan seperti yang dijanjikan kepada jemaah haji.
"Sekiranya syarikat PJH ini tidak mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan, syarikat ini boleh diberikan amaran lisan, denda kewangan, digantung atau ditamatkan lesen," katanya.
Malaysia menerima kuota haji berjumlah 31,600 jemaah daripada Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji 1444 Hijrah ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2023
Mohd Zawawi berkata jurang harga yang tidak ketara antara Pakej Rahmah Haji dan bayaran haji jemaah muassasah menjadi antara faktor mereka memilih pakej berkenaan. - Gambar fail/Reuters/Ali Jarekji
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
Peningkatan kadar sewa bilik hotel bajet akan jejaskan industri pelancongan - Abdul Karim
Rancangan MyBHA untuk menaikkan kadar sewa bilik hotel bajet dalam tempoh tiga bulan lagi akan memberi kesan kepada industri pelancongan.
PERDA usaha rancakkan sektor pelancongan menerusi 'Visit My Kampung'
Para pelancong akan berpeluang merasai sendiri suasana kampung serta melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti.
Sabah raih pelaburan RM11.34 bilion pada tahun lepas - Tun Juhar
Sabah menerima pelaburan berjumlah RM11.34 bilion pada tahun lepas, sekali gus menjadikannya negeri ketujuh meraih pelaburan tertinggi di negara ini.
Malaysia di landasan tepat raih pertumbuhan ekonomi - Stanchart
Eksport meningkat 3.9 peratus tahun ke tahun dalam tempoh dua bulan pertama 2024 - pulih daripada penguncupan 6.9 peratus dalam suku keempat 2023.
Pulau Pinang: Pelancongan kapal persiaran catat pertumbuhan lebih kukuh
Bilangan tempat berlabuh kapal antarabangsa dan jumlah penumpang terus menunjukkan trend peningkatan.
Festival Air Sedunia Maha Songkran bermula di Thailand
Festival itu bermula dengan paparan budaya dan warisan Thailand yang meriah dengan perarakan sejauh satu kilometer.
Pelawat di Thailand dikecualikan sementara serahan Borang TM.6 di pusat pemeriksaan imigresen
Keputusan itu bertujuan merangsang sektor pelancongan dan mengurangkan kesesakan di pusat pemeriksaan.
Melaka Explorace 2024 tumpu produk pelancongan negeri
Pertandingan mencari harta karun 'Melaka Explorace 2024' anjuran kerajaan negeri dan Bernama akan memberi tumpuan terhadap produk-produk pelancongan negeri.