awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

41 warga Thailand terkandas di Myanmar selamat pulang

Bernama
Bernama
18/11/2023
13:17 MYT
41 warga Thailand terkandas di Myanmar selamat pulang
Kementerian Luar Thailand dalam satu kenyataan berkata, 41 warga Thailand itu menyeberangi sempadan Thai-Myanmar dari Tachileik ke Daerah Mae Sai, Wilayah Chiang Rai pada sebelah pagi. - BERNAMA/Tentera Diraja Thai
BANGKOK: Sekumpulan 41 warga Thailand yang terkandas di bandar Laukkaing di Myanmar berikutan pertempuran sengit antara junta Myanmar dan kumpulan bersenjata etnik, selamat pulang pada Sabtu.
Kementerian Luar Thailand dalam satu kenyataan berkata, 41 warga Thailand itu menyeberangi sempadan Thai-Myanmar dari Tachileik ke Daerah Mae Sai, Wilayah Chiang Rai pada sebelah pagi.
"Mereka menyertai proses saringan bagi mengenalpasti mangsa pemerdagangan manusia dan mereka yang mempunyai rekod jenayah.
"Kerajaan sedang berusaha untuk memindahkan satu lagi kumpulan terdiri daripada lebih 200 warga Thailand di Laukkaing," katanya.
Kementerian Luar mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Myanmar, agensi berkaitan dan organisasi swasta atas sokongan dan bantuan mereka dalam operasi ini, yang berakhir dengan kepulangan kumpulan 41 warga Thailand ini dengan selamat.
Media tempatan melaporkan bahawa tiga daripada 41 individu itu mempunyai waran tangkap di Thailand, dengan pihak berkuasa akan menyoal siasat dan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga Thailand
#terkandas di Myanmar
#selamat pulang
#Kementerian Luar Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan